Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tidak Ambil Mudah Masalah Dadah

By 11 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto:  Aishah Latip, Mohd Baharruddin Mohamad / Mohd Hasif (Sarawak)

KUCHING, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Statistik jumlah penagih yang dikesan di Sarawak menunjukkan penurunan, namun ia tidak bermakna  boleh diambil mudah, menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii. Masalah penyalahgunaan dadah menuntut usaha berterusan yang melibatkan kerjasama daripada semua pihak untuk menyelesaikannya secara menyeluruh terutamanya di kalangan belia.

Kelvin Yii berucap semasa merasmikan program Taklimat Isu semasa

Kelvin Yii berucap semasa merasmikan program Taklimat Isu semasa

Yii ditemui ketika menyempurnakan Program Taklimat Isu Semasa anjuran Jabatan Penerangan Sarawak bertempat di Kolej Komuniti Kuching, Jalan Sultan Tengah, semalam.  Menurut beliau lagi, usaha  berterusan perlu diperhebatkan agar statistik tersebut terus dapat dikurangkan setia tahun.

“Usaha pencegahan untuk membanteras penyalahgunaan dadah perlu diatur dengan lebih baik daripada semua pihak terutama jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk mengekang isu ini dari berlarutan terutamanya usaha untuk menyekat kemasukan dadah dan pengedarannya,”ujar Yii.

Terdahulu, pengisian Program Taklimat Isu Semasa tersebut diisi dengan sesi ceramah daripada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ,Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak,  disampaikan oleh ASP Tunya Lunya.  Selepas itu,  perkongsian daripada Rakan Sokong Bantu AADK Daerah Kuching, Mohamad Razid Mohamad Peter mengenai sebagai bekas penagih tegar tentang impak negatif gejala dadah dalam kehidupan.

Abang Sardon berucap alu-aluan

Abang Sardon, ketika memberi ucapan Alu-aluan

 

Salah seorang perlajar Diploma Akitektur yang ditemui  Mohd Khairul Azman, 20 berkata program taklimat seperti ini sangat bermakna kepada generasi muda terutamanya pelajar Kolej dan Sekolah Menengah agar mereka mendapat pendedahan dan pengetahuan berkenaan Dadah.

“Bagi saya pendedahan dan berkongsi maklumat berkenaan dadah sangat bermanfaat dan sebagai pengajaran serta pengetahuan kepada yang belum mengetahui kesan dadah kepada jenerasi muda. Apa yang saya dengar dari pengkongsian pengelaman daripada salah seorang penagih tadi sangat menyayat hati dan ia sebagai panduan agar kita tidak terjebak terhadap Dadah”. Ujar Khairul.

Manakala menurut Khamelia Ibrahim “Taklimat hari ini adalah sebagi motivasi kepada diri saya sendiri dan kepada kawan-kawan yang lain, saya berasa sedih apabila mendengar kisah hidup seorang penagih dadah dan meningatkan kita untuk menjauhi barang terlarang tersebut kerana ia tidak membawa faedah dan keuntungan malah merugikan masa depan kita sendiri dan keluarga serta masyarakat”.

tetamu yang hadir serta pelajar Kolej Komuniti Kuching

tetamu yang hadir serta pelajar Kolej Komuniti Kuching

“Saya percaya pendekatan sedemikian rupa yang berkonsepkan mesra rakyat dan turun padang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat di sini dan dijadikan sebagai pemangkin bagi merapatkan hubungan di antara masyarakat dan agensi kerajaan”. Tambah Khamelia.

Hadir sama dalam program tersebut  Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim, wakil Pengarah Kolej Komuniti Kuching Shah Nazim Sahar dan pegawai-pegawai kanan jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

-ER

Tinggalkan komen anda