Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kerajaan Komited Salur Bantuan, Amal Sikap Terbuka Kebebasan Beragama

By 12 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Kerajaan Komited Salur Bantuan, Amal Sikap Terbuka Kebebasan Beragama

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

PUTATAN, 12 Okt (Malaysiaaktif) –  Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai berkata, kerajaan komited menyalurkan bantuan menerusi pelbagai cara termasuklah menaiktaraf rumah-rumah ibadat, penganjuran program keagamaan dan lain-lain sebagai tanda mengamalkan sikap keterbukaan kerajaan terhadap kebebasan beragama di negeri ini.

Menurutnya, nilai toleransi dan perpaduan sedia ada di kalangan masyarakat Putatan tanpa mengira bangsa serta agama perlu dipertahankan dalam usaha meningkatkan kemajuan ekonomi daerah berkenaan dari semasa ke semasa.

“Komitmen sedia ada Kerajaan Negeri dalam memelihara perpaduan kaum dan agama haruslah dijaga bagi mengelakkan perpecahan yang seterusnya mampu memecah belahkan rakyat jelata.

a3a953b5-4f25-4856-b2c7-bf0c371e9498

“Sehubungan itu, saya menyeru supaya masyarakat setempat terus menyokong hasrat kerajaan sekarang mengekalkan perpaduan ini dengan pelbagai kaedah dan pendekatan yang sedang serta akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada rombongan pengerusi-pengerusi gereja seluruh daerah Putatan di pejabatnya, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama adalah,Pengerusi Pastoral Parish Terawi; Milford Aldrin Draily, Komiti Pembangunan Insan; Gerald Jetony, Komiti Ekunisme; James Sitawin, Pengerusi Gereja St Simon Duvanson; Stephen Polinon, Pengerusi Gereja Our Lady of Fatima, Talang Taun; Nairom Donny, Wakil Pengerusi Gereja St Peter Tombovo; George Sanged, Timbalan Pengerusi Gereja St Simon Duvanson;Christianus Jetony dan Biro Katekatikal; Anthony Sandor.

Dalam kunjungan berkenaan, rombongan pengerusi gereja tersebut turut menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti keagamaan Kristian di daerah Putatan kepada Uda, selain memohon bantuan infrastruktur membaiki gereja sedia ada.

Tinggalkan komen anda