Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Lebih 4000 Sertai Hari Sukan Negara Peringkat Jempol

By 12 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 4000 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar sekolah telah menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol di tapak PasarTani  Bandar Baru Serting, pagi tadi.

“Hari Sukan Negara 2018 diadakan bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif,” kata Exco Kerajaan Negeri, Teo Kok Seong ketika melancarkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol.

Kumpulan Kelab Kecergasan Jempol memimpin acara senamrobik.

Kumpulan Kelab Kecergasan Jempol memimpin acara senamrobik.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan berkata, program ini juga dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Menurut beliau lagi, Hari Sukan Negara 2017 telah menyaksikan penyertaan seramai 2,279,881 orang dan sebanyak 5,861 program telah diadakan di seluruh negara. Hari Sukan Negara pada tahun ini bakal menyaksikan segala progam dan aktiviti sukan berbentuk pertandingan atau riadah dilaksana dan dipratikkan sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi semua lapisan masyarakat dan seterusnya misi menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan (Sporting Nation).

Menurut salah seorang peserta, Mohd. Nizam Abdullah, 45, “Program tahunan ini dapat menghimpunkan ribuan peserta dalam satu medan bagi acara riadah sekaligus dapat meningkatkan semangat kesukanan. Di samping itu, acara ini dapat mengeratkan tali persahabatan dan perpaduan kerana pengibataan peserta adalah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu, menurut seorang lagi peserta, Lai See Moi, 35 pula, “Program seumpama ini perlu diadakan setiap tahun, walaupun berlaku pertukaran kepimpinan kerajaan”.

Turut hadir dalam program pagi tadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Jempol, Rijalul Fiqri Mustapa, serta Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Hatta Mohd Yasin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda