Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Raikan Kebebasan Media – Wan Azizah

By 12 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

PORT DICKSON, 12 Okt (Malaysiaaktif) – “Media itu kita bagi sebebasnya namun mestilah ada kebertanggungjawabannya, bertatasusila dan mempraktikan etika kewartawanan dalam setiap laporan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media selepas melawat Pusat Media di sebuah hotel, di sini hari ini.

Berita yang dilaporkan tidak seharusnya diputar-belitkan atau menimbulkan sebarang spekulasi. Ia mestilah seimbang dan bertanggungjawab dalam medium kebebasan media.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza (kanan) memberi penerangan fungsi pusat media.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza (kanan) memberi penerangan fungsi pusat media.

“Kita rasakan kebebasan media dan saya pasti pihak media sendiri turut berasa kebebasan ini apabila berlakunya pertukaran kerajaan pada 9 Mei yang lalu,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan menghargai konsep demokrasi di Malaysia, beliau berharap agar Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson ini berjalan lancar walaupun saingan adalah sengit.

“Kita ada bekas menteri Blbesar, personaliti media sosial dan juga calon yang lain yang bertanding, namun, kita harapkan mendapat sokongan dan undi bagi PRK kali ini,” ujarnya.

Wan Azizah berpuas hati dengan pusat media sempena PRK kali ini.

Wan Azizah berpuas hati dengan pusat media sempena PRK kali ini.

Wan Azizah turut melahirkan rasa berbesar hati apabila dapat melihat sendiri persiapan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Media KKMM.

Pusat media KKMM yang telah mula beroperasi 29 September lalu telah menerima kunjungan daripada pengamal media dari dalam dan luar negara yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer, capaian internet, mesin pencetak dan talian telefon.

-SH

Tinggalkan komen anda