Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

40 Ribu Sahut Cabaran “Hari Sukan Negara 2018” Di Kedah

By 13 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Rose Rasidi
Foto oleh : Zatul Iffah / JBSN Kedah / FB MB Kedah

ALOR SETAR, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Hari ini seluruh negara menyambut sambutan Hari Sukan Negara 2018. Sukan merupakan satu platform untuk menjadikan setiap individu kekal sihat dengan bersukan, malah menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur untuk kekal bersatu melalui sukan.

IMG-20181013-WA0008

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) disertai EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris (kiri) merasmikan HSN Kedah 2018

Bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah (KOMBES) Alor Setar, bermula seawal jam 7.00 pagi di sini hari ini, 40 ribu orang telah berkumpul untuk turut serta menyertai pelbagai agenda sukan yang telah diatur antaranya Senamrobik Perdana, acara Aerobathon, Kayuhan Santai, Larian Santai, Berjalan Santai, Pusaka Ultimate Fight, Lompat Tali, Bola Jaring, Sepak Raga Tuju, Wall Climbing, ESports (PES-FIFA-MobileLegend), Himpunan Waja Diri dan pelbagai lagi. Mereka yang mendaftar akan menerima baju yang bercetak #JomTurunPadang #HSN2018 #kibarMY.

Peserta berbasikal “Kayuhan Santai” bersiap sedia untuk perlepasan

Peserta berbasikal “Kayuhan Santai” bersiap sedia untuk perlepasan


 

Menurut salah seorang peserta yang hadir, Mohamad Izani Ibrahim, 22, berkata, “setiap tahun saya akan turut serta menyertai acara yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sempena Hari Sukan Negara. Bukan sekadar bertanding tetapi untuk buatkan badan saya kekal sihat,” ujarnya yang akan menyertai Larian Santai dan acara yang lain.

Mohamad Izani (kiri) dan rakannya Azhar turut bersama memeriahkan sambutan HSN Kedah 2018

Mohamad Izani (kiri) dan rakannya Azhar turut bersama memeriahkan sambutan HSN Kedah 2018

Manakala menurut rakan yang hadir bersama Izani, Azhar Ismail, 22, “selain bersukan, saya suka melihat suasana harmoni dan ceria masyarakat yang datang ke sini daripada pelbagai kaum, sekolah dan persatuan,” ujarnya penuh semangat.

Antara orang ramai dan peserta yang hadir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah

Antara orang ramai dan peserta yang hadir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah

Program gilang-gemilang dan penuh kemeriahan ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan disertai oleh EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris serta Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah, Mohd Salleh Ramli.

IMG-20181013-WA0016

Buat warga Malaysia, teruskan bersukan untuk kehidupan yang sihat!

Tinggalkan komen anda