Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Gejala Penyakit Mental Perlu Dikesan, Dirawat Awal

By 13 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Zaidi Jamin (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendra A/L Panchalingam berkata semua pihak perlu proaktif meningkatkan pengetahuan berkaitan gejala penyakit mental.

Dr. Yogendran merakamkan gambar bersama ahli jawatankuasa sambutan dan hadiri jemputan.

Dr. Yogendran merakamkan gambar bersama ahli jawatankuasa sambutan dan hadiri jemputan.

Menurutnya, masyarakat perlu meningkatkan pengetahuan terhadap permasalahan kesihatan mental kerana gejala penyakit tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan taraf ekonomi termasuklah di kalangan ahli keluarga sendiri.

“Pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap permasalahan kesihatan mental bukan sahaja membantu pesakit untuk menerima rawatan lebih awal.

Penyakit mental jika dikesan dan dirawat awal mampu disembuhkan serupa dengan penyakit-penyakit lain… Dr. Raziffah

Penyakit mental jika dikesan dan dirawat awal mampu disembuhkan serupa dengan penyakit-penyakit lain… Dr. Raziffah

“Malah membantu pihak hospital mengenalpasti punca seterusnya bertindak merawat dan menghindar pesakit ke arah yang bolah membahayakan diri pesakit berkenaan,” katanya.

Dr. Yogendra yang juga Timbalan Pengarah Klinikal 1 berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE yang bertemakan ‘Generasi Muda dan Kesihatan Minda Dalam Arus Perubahan Zaman’ pada Jumaat.

Dr. Yogendran memalu gong merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Generasi Muda dan kesihatan minda dalam arus perubahan zaman

Dr. Yogendran memalu gong merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertemakan ‘Generasi Muda dan kesihatan minda dalam arus perubahan zaman

Tambahnya, masyarakat perlu sedar antara petanda awal penyakit mental berpunca daripada ganguan emosi dan pemikiran.

“Gangguan emosi dikenalpasti dikesan apabila individu tertentu mudah rasa resah, cepat marah, kerap bersedih dan murung.

Screenshot_2018-10-13-11-37-53-01

“Manakala perasaan curiga dan rasa takut berlebihan serta gagal memberi penumpuan dan perhatian dikenalpasti peringkat awal aspek gangguan pemikiran,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Psikiatrik dan kesihatan Mental HQE, Dr. Raziffah Abdul Rahman berkata, antara penyebab awal golongan remaja terdedah kepada gangguan mental termasuklah kegagalan menghadapi tekanan persekitaran, pengaruh dan tekanan rakan sebaya serta kecenderungan kalangan ahli keluarga yang mahukan ekspektasi keputusan pengajian yang cemerlang.

Sebahagian daripada tetamu dan hadirin yang hadir sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat HQE.

Sebahagian daripada tetamu dan hadirin yang hadir sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat HQE.

“Individu mahupun remaja yang mengalami masalah dan gangguan mental pada peringkat awal juga mudah dikesan melalui perubahan tingkahlaku merangkumi penampilan diri yang tidak terkawal, kerap mengasingkan diri dan gemar berdiam diri.

“Perubahan ini secara langsung mempengaruhi kemerosotan dari segi prestasi kerja bagi penjawat awam, ponteng sekolah bagi pelajar, cepat keletihan, bercakap sendirian termasuklah mengalami gangguan semasa tidur,” jelasnya.

Dr. Yogendran merakamkan gambar bersama pelajar Sekolah Menengah Stella Maris dan guru pengiring.

Dr. Yogendran merakamkan gambar bersama pelajar Sekolah Menengah Stella Maris dan guru pengiring.

Dr. Raziffah yang juga Pakar Perunding Psikiatrik dan kesihatan Mental berkata  masyarakat, ahli keluarga serta komuniti perlu menerima secara terbuka penyakit mental sama seperti penyakit lain malah rawatan segera yang lebih awal terhadap penyakit ini mampu disembuhkan serupa dengan penyakit-penyakit lain.

“Pihak hospital khususnya Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HQE sentiasa mempergiat dan mengadakan pelbagai program bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat berhubung gejala penyakit mental termasuklah kaedah perkhidmatan rawatan dan perubatan yang ditawarkan,” tambahnya.

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE anjuran Jabatan Psikiatrik dan Mental HQE dengan kerjasama Unit Promosi dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Leong Xie Yao dan Sim Nyen Tau daripada Unit Occupational Terapi hospital.

Kalangan pelajar daripada Sekolah Menengah Sanzac antara yang hadir bersama guru pengiring.

Kalangan pelajar daripada Sekolah Menengah Sanzac antara yang hadir bersama guru pengiring.

Hadir sama pada majlis Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Dr. Abdul
Rashid Hasan; Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Jasnawati Jasmin; ahli-ahli daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pegawai-pegawai perubatan serta kalangan pelajar sekolah sekitar Kota kinabalu.

Majlis turut diserikan dengan sesi forum serta pameran berkaitan permasalahan kesihatan mental di ruang legar hospital.

Tinggalkan komen anda