Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Lebih 3000 Meriahkan Hari Sukan Negara 2018 Daerah Sik

By 13 Oktober 2018Oktober 15th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa

SIK, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Cuaca yang agak mendung sejak dari awal pagi lagi tidak mematahkan semangat lebih daripada 3000 orang untuk hadir dan membanjiri Perkarangan Kompleks Sukan Perdana, di sini bagi menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Peringkat Daerah Sik pagi tadi.

 

IMG-20181013-WA0077

Majlis perasmian HSN 2018 Daerah Sik telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sik, Amirulddin Abd Hamid.

Amirulddin dalam ucapan perasmiannya berharap, agar aktiviti sukan dan riadah ini dijadikan budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia disetiap lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam meraikan sambutan HSN yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Amirulddin turut menambah, HSN merupakan salah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan rakyat menerapkan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat negara ini yang aktif bersukan masih lagi rendah berbanding dengan negara maju yang lain.

IMG-20181013-WA0078

“Sukan seharusnya dijadikan satu budaya ke arah gaya hidup yang sihat dan ia merupakan satu wadah penyatuan terbaik bagi menyatu rakyat negara ini,” ujarnya lagi.

Amirulddin turut membuat balingan bola ke arah penonton sebagai gimik pelancaran HSN 2018 Daerah Sik seterusnya menyempurnakan pelepasan program “Family Fun Walk” sejauh 3 km serta Jom Kayuh Gerek sejauh 10km.

 

d628c4c2-de73-41c7-a59f-3f202d7ce242

Sementara itu, menurut salah seorang peserta yang hadir, Nur Aqilah Wahab, aktiviti yang dijalankan sepanjang HSN ini sangat menarik serta dapat memupuk gaya hidup yang sihat.

Aqilah yang juga merupakan salah seorang pelajar di Kolej KEDA turut menambah, sukan wajar dijadikan satu budaya ke arah gaya hidup sihat dan wadah penyatuan untuk meningkatkan semangat patriotisme kepada negara.IMG-20181013-WA0074

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Family Fun Walk, Jom Kayuh Gerek, Pertandingan Mewarna Tadika, Senam Cergas, Senamrobik Perdana, Persembahan Wajadiri, Kids Fun Games, Kenduri Sepak Raga Tuju serta Cabutan Bertuah.

Tinggalkan komen anda