Skip to main content
HomeLabuan

Lebih 20 Ribu Warga Labuan Jayakan HSN 2018

By 13 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Mohd Faizal Mansor/ Jeffrey Nian/Roziman Mahmudin

LABUAN, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 20 ribu warga Labuan menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 pelbagai peringkat termasuk di kawasan kampung, komuniti, jabatan dan agensi kerajaan serta persatuan-persatuan sukan yang ada di Pulau Labuan.

“Dengan penyertaan yang begitu mengalakkan daripada warga Labuan itu sendiri membuktikan warga Labuan tidak mengenal peringkat umur, jantina mahupun kaum mula sedar tentang aktiviti bersukan dan kecergasan yang perlu diamalkan untuk terus sihat dan kekal cergas”, ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan (PL), Haji Rithuan Ismail.

Atlit-atlit SUKMA Labuan 2018 yang berjaya mendapat pingat diberi penghargaan

Atlit-atlit SUKMA Labuan 2018 yang berjaya mendapat pingat diberi penghargaan

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan HSN 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, di sini pagi tadi.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PL turut terharu dengan kemeriahan dan sambutan yang begitu mengalakkan pada HSN tahun ini yang diadakan sekali dengan Karnival Meriahnya Labuan yang mana warga dari negara Brunei Darulsalam juga turut serta pada HSN 2018 ini.

IMG-20181013-WA0047

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Hazan Dahari, setelah HSN memasuki edisi keempat penganjurannya di seluruh negara, secara simboliknya pada tahun ini, HSN membawa dan memberi penghargaan kepada atlet-atlet anak jati Labuan yang telah menempa nama di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa sebagai dorongan anak-anak muda di Labuan mengikut jejak langkah mereka.

Hazan juga optimis penganjuran HSN ini mampu memajukan sektor pelancongan dan pada masa yang sama turut meningkatkan ekonomi penduduk setempat seperti penjaja makanan, medan selera dan perhotelan.

Warga cilik juga turut serta pada HSN 2018 peringkat Labuan

Warga cilik juga turut serta pada HSN 2018 peringkat Labuan

“Pihak kami juga sentiasa melihat dan meneliti pelbagai aspek serta aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan dalam HSN ini untuk diperbaiki dan ditambah nilai untuk penganjurannya yang akan datang”, tambah Hazan lagi.

HSN 2018 peringkat Labuan dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti sukan yang menarik antaranya, HSN 2018 Fun Ride, Fun Walk And Run, Kids and Family Fun Robik, Sukan Air serta pelbagai lagi acara sukan yang diadakan di peringkat komuniti dan persatuan sukan.

Turut hadir Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias, ketua-ketua jabatan kerajaan serta pemimpin-pemimpin masyarakat di Labuan.

EM

Tinggalkan komen anda