Skip to main content
HomeLabuan

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018: Galakkan Warga Labuan Kibar Jalur Gemilang

By 13 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Faizal Mansor/Roziman Mahmudin

LABUAN, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 sempena Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dapat mengalakkan lagi masyarakat Malaysia khususnya warga Labuan mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka.

“ Pertandingan tersebut juga dapat menaikkan semangat patriotik yang tinggi melalui kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di samping meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat Malaysia”.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad berkata demikian pada Majlis Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 dan Hari Inovasi Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan 2018 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Pemenang kategori individu, Johnny@ Ampal Labuan Jamarin (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Taib

Pemenang kategori individu, Johnny@ Ampal Labuan Jamarin (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Taib

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan (PL), Haji Rithuan Ismail.

Azhar juga berharap agar program tersebut juga akan dapat menyemarakkan lagi penglibatan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan penyertaan yang lebih mengalakkan dari tahun ke tahun apabila pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

“Saya berharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan penganjurannya oleh pihak JAPEN agar masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Labuan akan sentiasa mencintai dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang”, tambah Azhar.

Supian menyampaikan cenderakenangan kepada Nadzerah

Supian menyampaikan cenderakenangan kepada Nadzerah

Pada majlis itu juga, Azhar mengucapkan penghargaan dan syabas kepada warga JAPEN Labuan yang menerima anugerah inovasi di atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun 2018 .

“Semoga penghargaan ini menjadi pendorong dalam usaha meneruskan kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing dengan lebih dinamik dan agresif di samping memantapkan lagi sistem penyampaian kerajaan khususnya kepada masyarakat Labuan”, Azhar menambah lagi.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan bagi peringkat Labuan iaitu kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah rendah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan anjung komuniti.

Pada majlis tersebut, Rithuan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 serta warga Japen Labuan juga menerima anugerah inovasi yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik JAPEN Malaysia, Nadzerah Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Malaysia, Haji Mohd Taib Ubah; Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa; ketua-ketua jabatan kerajaan serta para pemimpin Muafakat Komuniti Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda