Skip to main content
HomeLabuan

Karnival SMathen 2018 Beri Impak Besar Kepada Peserta

By 15 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Ā Laporan/Foto: Mohd Faizal Mansor/ Jeffrey Nian dan Jabatan Pendidikan Labuan (Labuan)

LABUAN, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Sains, Matematik dan English (SMathen) Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di Labuan memberikan impak yang sangat besar kepada peserta.

ā€œIa memberikan para peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari, lebih dinamik, berkebolehan dan memiliki perspektif yang lebih baik dalam kehidupanā€.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin berkata demikian pada Majlis penutupan karnival tersebut di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament, di sini pada Sabtu petang.

Raisin (empat dari kanan) selepas menyaksikan Mou tersebut antara SK St.Anne yang mewakili Jabatan Pendidikan Labuan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Belia dan Sukan.

Raisin (empat dari kanan) selepas menyaksikan MoU tersebut antara SK St.Anne yang mewakili Jabatan Pendidikan Labuan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Belia dan Sukan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, Shamsuddin Mustapha.

Ujar Raisin, peserta juga dapat mengembangkan lagi minat dan potensi diri mereka melalui Karnival SMathen ini.

ā€œKalau sebelum ini anak-anak belum pernah menggunakan Robot VEX, GMATH dan menyelesaikan permainan Bahasa Inggeris menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi maka di sinilah kemampuan diri dikembangkan lagiā€, kata Raisin.

Antara para peserta yang mendaftar salah satu bengkel bahasa Inggeris dalam Karnival tersebut

Antara para peserta yang mendaftar salah satu bengkel bahasa Inggeris dalam Karnival tersebut

Tambahnya, ia akan seterusnya menjurus ke arah kemenjadian diri mereka dan mampu bersaing dalam era globalisasi yang semakin kompetitif.

Selain itu juga karnival tersebut dapat memperkenalkan Labuan khususnya dalam sektor pelancongan kepada para peserta yang datang dari luar Labuan tentang tempat-tempat menarik yang ada di sini untuk dilawati.

Raisin juga bangga kerana karnival tersebut adalah satu-satunya yang dianjurkan di Labuan mengadakan program anak angkat untuk peserta-peserta dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mampu merapatkan tali silatulrahim serta bertukar pengetahuan tentang kebudayaan masyarakat di sini.

Karnival SMathen yang diadakan ini memasuki edisi ketiga ia dianjurkan di mana kali ini ia diadakan di Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) St. Anne Labuan.

Antara pengisian karnival tersebut yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Oktober lalu adalah ā€˜Bengkel Genius Mathematicsā€™; Bengkel ā€˜VEX Robotic Ringmasterā€™; pertandingan matematik dan lain-lain lagi.

Turut hadir Pengetua SKK SK St. Anne, Shim Ching Teo; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Hazan Dahari.

EM

Tinggalkan komen anda