Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

“Musical Fountain” Tarikan Baharu Di Kuching

By 15 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung dari sekitar bandar Kuching hadir menyaksikan majlis perasmian air pancut berirama di Tebingan Kuching, di sini Semalam.

Air pancut berirama, satu lagi tarikan di tebing Sungai Sarawak berlatar belakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan sebagai Darul Hana Musical Fountain berhampiran Jambatan Darul Hana.

Pengumuman nama Darul Hana Musical Fountain dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sempena perasmian air pancut berirama di Square Tower, Tebingan Kuching di sini malam, ia juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Lahir Ke-82 Abdul Taib.

Tun Taib rasmi Darul Hana Musical Fountain sambil di saksikan oleh Ketua Menteri Sarawak,Datuk Pattinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari

Tun Taib rasmi Darul Hana Musical Fountain sambil di saksikan oleh Ketua Menteri Sarawak,Datuk Pattinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari

Tarikan Darul Hana Musical Fountain dilengkapi dengan ciri-ciri unik seperti dinding air berketinggian sembilan meter panjang dan berfungsi sebagai latar belakang pancutan air, 

Ia beroperasi menggunakan teknologi terkini yang memiliki ‘pontoon’ selebar 100 meter, dengan disusun beratus nozzle yang berupaya memancutkan air setinggi 25 meter dari Sungai Sarawak dengan sendirinya ini melengkapkan lanskap menarik di Tebingan sungai Kuching.

3BAC8F12-AC84-4D4A-B69F-541D135BE5A0

Manakala takungan air di bahagian dinding air direka bersama jubin khas yang akan memberi sentuhan seakan semula jadi terhadap air pancut berirama tersebut.

Air pancut berirama ini juga mampu bergerak dan menari mengikut irama lagu yang dipadankan dengan kesan bunyi khas dan sistem pencahayaan yang penuh berwarna-warni mengikut kesesuaian majlis atau acara.

Air pancut tersebut akan dipersembahkan dua kali setiap malam pada pukul 8.30 malam dan 10 malam, setiap sesi akan mengambil tempoh 15 minit .

Salah seorang pengunjung yang ditemui wartawan iaitu Siti Asmah Abg Adenan 23, berkata, “saya berasa amat bangga kerana di Kuching mempunyai satu lagi tarikan Pelancong untuk rakyat di bandaraya ini dan juga para pelancong asing bagi merakam kenangan mereka sepanjang berada disini”. 

“Dari segi pancutan air yang berwarna-warni daripada kilauan cahaya membuatkan ia sangat cantik sekali dan saya rasa seperti berada di tempat lain”.

“Ia sangat menarik bila ia dioersembahkan dengan pelbagai bentuk dan irama mengikut bunyi muzik yang dimainkan dan ianya berlatabelakangkan Dewan Undangan Negeri dan sangat sesuai kepada pengembar yang suka mengambil foto untuk berselfie dan sebagainya.” Tambahnya.

Salah seorang pengunjung yang turut hadir, Monica Tu 34, berkata, “saya sangat bangga melihat Air Pancut Berirama dan bagi saya tidak terfikir bahawa benda seperti ini dapat menarik peminat untuk melihatnya apabila ia beroperasi dan saya tidak sangka sejauh itu perancangan yang dibuat untuk menarik pelancongan datang untuk melihat dan selepas ini sudah tentu ramai lagi masyarakat datang ke Kuching untuk melihat sendiri” 

Majlis perasmian turut dihadiri oleh isteri Tun Abdul Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib,  Ketu Menteri serta barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.  

Tinggalkan komen anda