Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Ops MEX Kenyalang’ Uji Kepekaan Agensi Penyelamat

By 16 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Aishah Latip

KUCHING, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 471 peserta mengambil bahagian dalam operasi kebombaan di pelbagai peringkat bermula dari peringkat balai, zon negeri dan seterusnya peringkat nasional bersama 18 agensi lain serta 9 agensi yang bertindak sebagai pemerhati.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Bomba (TPJB) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, program ini adalah untuk menguji keberkesanan pengurusan bencana dan koordinasi penyaluran bantuan daripada pelbagai agensi termasuk agensi sokongan semasa bencana.

Katanya, dalam mendepani cabaran yang semakin mencabar, peranan bomba pada masa kini bukan sahaja memadam kebakaran malah tugas mereka lebih besar berikutan penambahan jumlah rakyat dan berlakunya bencana atau kecemasan di negara kita.

PANTAS…Kelihatan mangsa yang cedera diusung oleh Bomba untuk dihantar ke khemah kesihatan bagi menerima rawatan selanjutnya

PANTAS…Kelihatan mangsa yang cedera diusung oleh Bomba untuk dihantar ke khemah kesihatan bagi menerima rawatan selanjutnya

Ekoran daripada itu, satu latih amal ‘Operation Management Exercise’ ataupun lebih dikenali sebagai Ops MEX merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memperhalusi semula gerak kerja supaya usaha-usaha menyelamat masa kini berjalan dengan cepat dan cekap.

Ops Mex Kenyalang ini bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menghadapi insiden/bencana secara berkesan di samping menguji keberkesanan pengurusan bencana berdasarkan mekanisma pengurusan bencana berdasarkan Arahan MKN No. 20 serta menguji koordinasi penyaluran bantuan pelbagai agensi termasuk agensi sokongan semasa bencana.

CEDERA…Mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan dibawa untuk menerima rawatan

CEDERA…Mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan dibawa untuk menerima rawatan

Pada Sabtu yang lepas, satu latihamal Ops Mex Kenyalang Ke-20 Tahun 2018  telah diadakan di Kawasan Perindustrian Sama Jaya Kuching bagi menguji tahap kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menghadapi bencana atau insiden secara berkesan.

Selain itu, program sebegini dapat mengekalkan dan mempertingkatkan kompetensi serta kecekapan peserta-pesera dalam melaksanakan tugas dalam insiden sebenar serta kematangan membuat keputusan semasa keadaan kritikal dan strategi yang tepat akan memberikan impak yang besar sama ada berjaya atau sebaliknya.

Beberapa senario dijadikan sebagai simulasi iaitu sebuah pesawat kargo dalam penerbangan dari KLIA ke Kuching yang telah mengalami kemalangan udara/meletup. Akibat dari kemalangan tersebut, serpihan pesawat telah terhempas di kawasan perindustrian Sama Jaya.

Selain itu, kesan nahas tersebut telah menyebabkan pesawat terhempas, kebakaran dan runtuhan bangunan, kobocoran bahan kimia dan juga kemalangan kenderaan.

simulasi Kemalangan yang berlaku disebabkan tumpahan bahan kimia

simulasi Kemalangan yang berlaku disebabkan tumpahan bahan kimia

Kejadian tersebut digambarkan  berlaku sekitar jam  8. 00 pagi turut menyebabkan berlakunya tumpahan minyak dan bahan kimia selain turut meranapkan sebuah bangunan pejabat dan kebakaran kilang.

Ekoran daripada insiden tersebut terdapat sepuluh mangsa berjaya dikenal pasti, dengan sebahagian besarnya mengalami kecederaan teruk, termasuk melecur dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini untuk rawatan lanjut.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya menjangkakan lebih banyak mangsa akan ditemui, malah sudah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

TERBAIK… Abdul Wahab merakam gambar kenang-kenangan bersama peserta yang terlibat dalam Ops Mex Kenyalang

TERBAIK… Abdul Wahab merakam gambar kenang-kenangan bersama peserta yang terlibat dalam Ops Mex Kenyalang

“Dalam latihamal ini, pelbagai aspek akan dinilai dari sudut teknik pemadaman, penyelamat, menghadapi bahaya pencemaran bahan kimia, menghadiri bencana runtuhan struktur dan dari segi pihak pengurusan bencana sendiri, ujar Abdul Wahab ketika merasmikan Majlis Penutupan Latihamal Ops Mex Kenyalang.

 

-ER

Tinggalkan komen anda