Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Polis Tumpaskan Dua Geng Curi Motosikal

By 16 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Dua geng curi motosikal yang aktif dikenali sebagai Geng Dody dan Geng Korok berjaya ditumpaskan dalam serbuan polis secara berasingan sejak 5 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Samsor Maarof, seramai 19 suspek berjaya ditangkap merupakan ahli geng-geng tersebut yang aktif melakukan kegiatan mereka di sekitar kawasan Gombak.

“Empat lelaki berusia antara 15 hingga 19 tahun dari Geng Korok ditangkap 5 Oktober lalu sekitar Selayang dan Wangsa Maju serta merampas 21 rangka motosikal dan dua kerangka enjin motosikal yang dibuang di Jalan Sungai Tua Baru dan Jalan Manggis, Batu Caves.

Pihak polis masih mengesan seorang suspek untuk membantu siasatan.

Pihak polis masih mengesan seorang suspek untuk membantu siasatan.

“Kegiatan curi motosikal merupakan antara penyumbang indeks jenayah tertinggi di Gombak dan sebanyak 35 kes curi motosikal dilaporkan sejak 1 Oktober lalu sehingga kini,” jelas Samsor.

Jelasnya dengan tumpasnya dua geng tersebut, pihaknya dapat menyelesaikan 28 kes kehilangan motosikal sekitar Gombak, Ampang, Wangsa Maju dan Sentul.

“Pada 11 Oktober, polis menahan 15 suspek dari Geng Dody termasuk seorang perempuan. Sembilan daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit dadah dan kes jenayah. Kini ditahan reman sehingga 19 Oktober ini,” katanya.

Menurutnya lagi, modus operandi kedua-dua kumpulan ini hampir sama, iaitu bergiat aktif pada waktu malam di kawasan perumahan, luar pasar raya dan rumah kedai dengan menyasarkan motosikal yang tidak menggunakan kunci tambahan.

“Geng Korok akan mematahkan bahagian pemegang motosikal sebelum menundanya dengan motosikal lain untuk dibawa ke rumah untuk dileraikan menjadi komponen sebelum menjualnya.

“Sementara Geng Dody pula akan mengubah suai motosikal curi itu sebelum menjualnya dengan harga antara RM300 hingga RM700 kepada kenalan mereka atau untuk kegunaan sendiri.

“Polis akan terus memburu baki seorang suspek yang masih bebas untuk melengkapkan siasatan,” ujarnya dalam sidang media di Balai Polis Gombak, di sini hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda