28 Belia Sedia Tonjol Keunikan Negara

E3E37E3D-221B-4324-91AB-6DAC4D270430

Laporan/foto: Edi Rizam Kassim (Putrajaya)  

PUTRAJAYA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 28 belia bakal berkongsi keunikan Malaysia di atas kapal Nippon Maru menerusi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) kali ke-45 bermula 22 Oktober hingga 13 Disember ini. 

Majlis pengenalan kontingen Malaysia dan penerimaan tajaan berlangsung semalam bertempat di Menara Kementerian Belia Dan Sukan disempurnakan oleh Menterinya. 

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Rahman berkata, program tahunan itu anjuran kerajaan Jepun dengan kerjasama negara ASEAN termasuk Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

“ini merupakan cara terbaik untuk belia daripada negera ASEAN untuk belajar dan bertukar pengetahuan antara satu sama lain kerana mereka merupakan pemimpin pada masa hadapan itu yang membuatkan program pertukarkan belia ini begitu bemakna sekali, pada masa yang sama pihak kementerian juga akan meneliti lebih banyak program pertukarkan belia pada masa akan datang.” Ujarnya. 

Asyraf Daniel, Ketua kontinjen SSEAYP

Asyraf Daniel, Ketua kontinjen SSEAYP

Menurut ketua belia SSEAYP Malaysia Asyraf Daniel Rizal Choong, kesemua belia yang dipilih mewakili negera mempunyai kemahiran berbeza dan daripada pelbagai latar belakang dan negeri. 

“Kami mempunyai kepakaran masing masing dan pelbagai bangsa utama yang ada di negera kita. Ini merupakan keunikan kita yang akan diketengahkan semasa program ini berlangsung. 

 

Di samping itu, kami ingin tonjolkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni biarpun Malaysia merupakan sebuah negara islam tapi tidak bermaksud negera kita tidak ada toleransi dan boleh hidup bersama. Selain itu mempelajari sesuatu yang baharu daripada negara luar yang boleh diterapkan Malaysia.” tambahnya. 

Menurut salah seorang peserta yang akan mewakili negera berasal dari Pulau Pinang, Vijaya Indra Kumary, 22, dia memohon bagi menyertai program itu melalui KBS pada awal tahun ini serta mengikuti ujian psikologi termasuk Kem Pemilihan yang diadakan selama tiga hari untuk menilai belia dari seluruh negara.

Katanya, dia tidak menyangka terpilih bagi menyertai program itu apabila keputusan dikeluarkan pada Jun baru-baru ini memandangkan ujian yang perlu dilalui agak sukar.

“Saya akan perkenalkan kepada perserta lain mengenai budaya negara yang pelbagai serta mempersembahkan pelbagai jenis tarian yang ada di negara kita yang mewakil perbagai kaum” ujarnya.

SSEAYP adalah program yang melibatkan golongan belia dari Asia Tenggara yang dilaksanakan sejak 1974 hasil perjanjian persefahaman antara Jepun dan lima negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia sendiri, dengan objektif membantu menggalakkan persahabatan serta kesefahaman dalam kalangan belia di Asia Tenggara dan Jepun dalam segala aspek di samping membawa nama Malaysia lebih tinggi.

Pelayaran yang membabitkan 330 belia Asia Tenggara selama hapir dua bulan itu akan bermula dari Jepun ke Brunei Darussalam, Manila, Bangkok, Ho Chi Minh City dan belayar semula ke Jepun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...