Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePulau Pinang

Masyarakat Digesa Daftar i-Suri

By 30 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Seberang Perai Tengah  telah memberi penerangan dan membuka pendaftaran program i-suri yang ditawarkan kepada masyarakat setempat baru-baru ini. Program berlangsung  di Sekolah Islam Al Masriyah, Bukit Mertajam turut dihadiri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Program Taklimat dan Pendaftaran i-Suri ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Permatang Pauh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah ketika menyampaikan ucapan perasmian

Nurul Izzah ketika menyampaikan ucapan perasmian

Ibubapa seharusnya mempunyai perancangan yang rapi dalam persiapan bekalan kewangan untuk masa hadapan. Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan. kata Nurul Izzah dalam ucapannya.

Katanya lagi, rakyat Malaysia juga perlu menambah pengetahuan mengenai kefahaman kewangan, walaupun pada tahap asas. Ini kerana pengetahuan tersebut akan membantu anda dari segi membuat keputusan kewangan yang betul, dan memilih pelaburan yang sesuai untuk mengembangkan simpanan anda demi kepentingan keluarga khususnya anak-anak.

82ec7c48-32db-4fc2-aadb-ee595b364874

menurut  Baizlin Hasbi, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah, bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah salah satu sumber bantuan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan menggalakkan masyarakat untuk berdikari kerana bantuan kewangan yang diberikan adalah bersifat sementara. Kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat khususnya mereka yang menghadapi masalah kewangan demi kelangsungan hidup. Maka, inisiatif pihak KWSP ini merupakan satu saluran untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang  program i-Suri ini,

Encik Azirul Nayan wakil daripada KWSP berkata, individu yang layak mendaftar bagi i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian.

Seramai lebih kurang 150 orang masyarakat setempat telah hadir mendengar taklimat antaranya  kaum ibu, Pengerusi JKKK, wakil-wakil daripada Pejabat ADUN sekitar SPT, sekarelawan JKM, wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO. Bagi memeriahkan sesi taklimat dan pendaftaran i-suri, turut diadakan pameran dan pendaftaran sukarelawan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat SPT.

-ER

Tinggalkan komen anda