Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Masyarakat Perlu Ubah Sikap Di Jalan Raya

By 31 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Asmidar Zainol (Kota Kinabalu)

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Rakyat di negara ini khususnya di Sabah perlu mengubah sikap memandu di jalan raya.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Abdul Muis Picho berkata, pelbagai usaha bakal dilaksanakan oleh MKJR dalam mendidik masyarakat tempatan.

“Program-program kesedaran keselamatan di jalan raya akan diperhebatkan lagi bukan sahaja di bandar-bandar malah MKJR akan pergi ke setiap daerah dan kampung untuk mengadakan program-program kesedaran kepada mereka.

Abdul Muis Picho

Abdul Muis Picho

“Kita bukan sahaja menyasarkan kanak-kanak dan remaja tetapi juga kepada ibu bapa, guru serta pemimpin-pemimpin tempatan agar tidak membenarkan remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen untuk menunggang motosikal di kawasan masing-masing,”ujarnya.

Selain itu, Abdul Muis turut memaklumkan, pemanduan kenderaan berat yang laju turut membawa risiko kemalangan.

“Di Tawau misalnya, ada pemandu-pemandu kenderaan berat, bas ekspres serta bas pelancongan yang memandu dengan laju di kawasan-kawasan bandar dan kita mohon kepada pihak Kementerian Pengangkutan supaya satu penguatkuasaan diwujudkan untuk mengatasi masalah ini.

“Kita juga berharap masalah fasiliti jalan raya di Sabah yang masih jauh ketinggalan dapat diatasi oleh pihak kementerian dan peruntukan membaiki jalan raya yang rosak dapat dipercepatkan bukan perlu menunggu satu hingga tiga tahun untuk diperbaiki,”katanya kepada pemberita selepas Sidang Pleno Membincangkan Isu-Isu Majlis Keselamatan Jalan Raya di sini pada Isnin.

Untuk rekod, sebanyak 9,134 kes kemalangan jalan raya berlaku di Sabah dari 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2018 manakala 8,129 kes bagi jangka masa yang sama.

Manakala kadar kematian menurun sebanyak 12 orang iaitu 169 orang kepada 157 orang.

EM

Tinggalkan komen anda