Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Penipuan Media Siber; Jangan Mudah Terpedaya

By 1 November 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Rose Rasidi (Alor Setar)

ALOR SETAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – “Jangan mudah terpedaya dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mencurigakan agar anda tidak menjadi mangsa penipuan media siber yang semakin berleluasa,” ucap penceramah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ahmad Fairuz Mohamed Noor pada program Keselamatan Siber dan Ancaman Kepada Negara di Auditorium RTM, Kuala Kedah hari ini.

Menurutnya lagi, masyarakat perlu menyemak maklumat dengan pihak berkaitan berkenaan isu tersebut agar tindakan dapat dilaksanakan.

Pengarah MKN (tengah) bersama tetamu kehormat dan penceramah jemputan

Pengarah MKN (tengah) bersama tetamu kehormat dan penceramah jemputan

“Ambil pelbagai langkah keselamatan agar tidak tertipu dengan penipu media siber seperti menggunakan kata laluan, mengemaskini perisian keselamatan, simpan dan lindungi maklumat.

“Elak terpedaya, beretika menggunakan media sosial, sentiasa berwaspada jenayah siber, fikir dahulu sebelum klik, laporkan email meragukan dan ambil tahu perkara berkaitan jenayah siber,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, DSP Mohd Nazroll Amir menjelaskan pihak polis menerima pelbagai kes berkaitan ancaman yang disumbangkan oleh media siber yang memberi kesan negatif kepada individu yang taksub sehingga sanggup melakukan jenayah.

“Ibubapa perlu memantau perubahan sikap anak-anak, sentiasa memantau penggunaan laman sosial yang dilawati agar anak-anak tidak terjerumus dengan kegiatan yang salah,” ujarnya.

Penjawat awam antara tetamu yang hadir pada program ini

Penjawat awam antara tetamu yang hadir pada program ini

Menurut seorang kakitangan Imigresen, Ayu Zuhairi Badri, 38, dirinya pernah menjadi mangsa penipuan siber namun bernasib baik kerana tidak melibatkan sebarang kerugian.

“Pada ketika itu saya tidak tahu itu adalah satu bentuk penipuan namun saya terselamat sebab memang tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali,” ujar Ayu.

Manakala seorang lagi penjawat awam yang hadir, Hasnida Hashim, 32, berkata bahawa program ini bagus dalam memberi info berkaitan penipuan ini agar masyarakat tidak mudah tertipu dan lebih bijak menangani isu jenayah siber.

-SH

Tinggalkan komen anda