Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Penglibatan Agensi Diiktiraf Dalam Anugerah Hijau Melaka 2018

By 1 November 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Melaka Tengah)

MELAKA, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Penjenamaan semula Maskot Hang Hijau merupakan intipati kepada Majlis Anugerah Hijau Melaka 2018 anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka bertempat di Swiss Garden, Banda Hilir di sini, baru-baru ini.WhatsApp Image 2018-11-01 at 9.37.30 AM

Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ini juga turut memberi pengiktirafan kepada Bandar Teknologi Hijau di negara – negara yang membangun termasuk juga Negeri Melaka yang telah lama dilakukan sejak tahun 2010.

“Objektif penganjuran ini disokong oleh kerajaan kerana pelbagai inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak dan agensi bagi mengurangkan kadar kebebasan karbon selari dengan tujuan asal majlis ini,” ujar Adly.

Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Chandru Suparmaniam, majlis ini merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta yang turut terlibat dalam melaksanakan teknologi hijau ini.

“Untuk pengetahuan semua, anugerah ini telah dianjurkan semenjak tahun 2014 dan ini merupakan kali ke – 4 ianya dianjurkan dan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sehingga membawa kepada penganjuran Anugerah Hijau ini seperti pertandingan mereka cipta maskot PTHM, Eco School, Inovasi Hijau dan sebagainya.”, ujarnya.

Majlis ini  menyaksikan pelbagai kategori yang dipertandingkan dan turut diselitkan juga dengan sesi cabutan bertuah. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Roslan Ibrahim.

 

-KN

Tinggalkan komen anda