Skip to main content
Home

Usaha Kerajaan Bina Satu Juta Rumah Bakal Direalisasikan

By 1 November 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Melaka Tengah)

BUKIT KATIL, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Pembinaan satu juta rumah dalam tempoh sepuluh tahun pentadbiran kerajaan, adalah hasrat yang harus direalisasikan oleh kerajaan persekutuan pada Majlis Penyerahan Kunci bertempat di Taman Ozana Residen, Bukit Katil di sini, baru-baru ini.

Majlis yang telah dianjurkan oleh PDG Group of Companies melalui kerjasama pihak Lembaga Perumahan Melaka telah dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri Melaka, Yuhaizat Abdullah.

Menurut Yuhaizat , kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya seperti penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi tatkala projek yang dirasmikan ini merupakan usaha secara berterusan daripada kerajaan negeri.WhatsApp Image 2018-11-01 at 9.50.06 AM

“Dengan kejayaan projek perumahan ini, kerajaan negeri bercadang agar pemaju – pemaju perumahan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menentukan kaedah pembangunan secara bestari bagi projek perumahan yang terbengkalai,” ujarnya.

Pengarah Urusan PDG Group of Companies, Gwee Yew Kiat ketika ditemui berkata, projek ini merupakan projek perindustrian terbengkalai terbesar di Malaysia pada tahun 1998 yang melibatkan 1,056 unit kilang dan lot industri.

” Susulan itu, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka telah mengambil langkah inisiatif dan strategik dengan melantik syarikat PDG Group sebagai pemaju berkelayakan untuk mengendalikan projek ini”, katanya.

Selain itu, turut diadakan Penyampaian sumbangan kepada warga emas dan Ibu tunggal di Ayer Keroh.

 

-KN

Tinggalkan komen anda