Sumbangan Ceriakan Sambutan Deepavali

WhatsApp Image 2018-11-01 at 11.03.27 AM
Laporan/foto: Norazura Abdul Latif (Melaka Tengah) / Fb Adly Zahari Official

MELAKA, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Melalui kerjasama kerajaan negeri Melaka, Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali Peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya telah diadakan bertempat di Mydin Hypermarket d isini, semalam.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, perayaan ini merupakan kepercayaan Hindu yang membawa maksud kecerahan yang mengatasi kegelapan dan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

“Justeru, kerajaan negeri berbesar hati menyalurkan sumbangan kepada  golongan yang memerlukan dalam menyambut  perayaan yang bakal menjelma kelak,” ujarnya.

Penerima sumbangan, Nagalingam Perumal , 50, berkata, sumbangan ini adalah hadiah sangat berharga buat diri dan keluarganya kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu dari segi keperluan menyambut perayaan ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengambil inisiatif dalam member bantuan sumbangan ini,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar dan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

-KN

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...