Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Masalah Paip Tak Selesai-Selesai

By 15 November 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Syafiq Saad/Ahmad Nadzri (Padang Terap)

 

KUALA NERANG, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kampung Mani, di sini merayu kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) supaya dapat membaiki paip yang sering pecah sehingga menjejaskan bekalan air di situ.

Menurut penduduk kampong tersebut, Jaafar Bakar, 56, masalah itu sudah dimaklumkan beberapa kali kepada pihak berkenaan tetapi sehingga kini masalah tetap gagal diselesaikan.

Jaafar menunjukkan paip yang mengalami kebocoran.

Jaafar menunjukkan paip yang mengalami kebocoran.

“Penduduk kecewa kerana setiap bulan sudah pasti ada sahaja paip air di kawasan ini akan pecah, dan ini menyebabkan bekalan air sering terputus hingga aktiviti harian kami terjejas dan terpaksa menadah air pada waktu malam untuk kegunaan harian.

“Pada waktu siang air yang keluar daripada paip bocor itu agak perlahan kerana mungkin digunakan sepenuhnya penduduk kampung, dan pada tengah malam pula air paip akan keluar dengan banyak hingga melimpah di tengah jalan,” katanya kepada pemberita.

Serpihan paip asbestos uzur yang telah dikeluarkan oleh kontraktor dan digantikan dengan paip jenis poly.

Serpihan paip asbestos uzur yang telah dikeluarkan oleh kontraktor dan digantikan dengan paip jenis poly.

Menurut Jaafar, penduduk di situ sungguh sedih melihat limpahan air pada waktu malam sedangkan beberapa kawasan lain di daerah ini masih memerlukan bekalan air untuk kegunaan harian.

“Setiap kali jika membuat laporan pihak Sada datang dan hanya menukar paip lama dari jenis asbestos ke poly. Selang beberapa hari akan berlaku kebocoran semula akibat tekanan air yang kuat di tempat yang masih menggunakan paip asbestos dan ini merimaskan penduduk.

“Paling baik adalah dengan menukar semua sistem paip kerana paip jenis asbestos ini semakin uzur dan tidak mampu menampung aliran air yang semakin meningkat penggunaannya hari ini,” harapnya.

-SH

Tinggalkan komen anda