Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Perlu Diperhebatkan – Dr Maszlee

By 15 November 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 15 (Malaysiaaktif) – Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) perlu diperhebatkan agar ianya mencapai kesejahteraan semua.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, penghayatan terhadap FPK akan menarik kembali nilai-nilai di dalam sistem pendidikan negara ini.

“Penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi bagi membentuk kehidupan yang lebih baik seharusnya berteraskan nilai murni dan matlamat sebenar seperti termaktub dalam FPK.

“Kita ingin melahirkan rakyat yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia supaya dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Pendidikan Berasaskan Nilai di Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, hari ini.

Dr Maszlee Malik (baju batik) menandatangani buku lawatan sempena program Seminar Pendidikam Berasaskan Nilai hari ini.

Dr Maszlee Malik (baju batik) menandatangani buku lawatan sempena program Seminar Pendidikam Berasaskan Nilai hari ini.

Menurut Maszlee lagi, beliau berharap seminar tersebut akan membantu Kementerian Pendidikan melakarkan sejarah yang baru.

“Ia sejajar hasrat PM yang mahu sistem pendidikan negara dirombak agar ianya melahirkan warganegara yang dapat mencorakkan Malaysia Baharu,” katanya.

Seminar yang bertemakan ‘Memperkasa Pendidikan Tinggi Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan’ berlansung sehari yang menampilkan tokoh-tokoh pendidikan di negara ini.

Antara yang membentangkan kertas kerja mereka adalah bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin dan Prof Datuk Dr Sufean Hussin.

Turut serta membentangkan kertas kerja adalah Prof Datuk Dr Osman Bakar, Prof Dr Rosnani Hashim, Datuk Dr Amin Senin, Prof Dr Sivamurugan Pandian serta Rektor UIAM, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Seramai 600 orang menghadiri seminar ini di kalangan pegawai dan pendidik daripada Kementerian Pendidikan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sekolah.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda