Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

77 Remaja Ditauliahkan Pegawai Bomba Bantuan

By 16 November 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Minat yang mendalam untuk berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mendorong 77 orang remaja sehingga berjaya menamatkan latihan sekaligus ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Bantuan, di sini semalam.

Tempoh kursus Pegawai Bomba Bantuan selama 21 hari ini berjaya ditamatkan dengan menitikberatkan aspek disiplin, semangat bekerjasama, daya tahan serta amanah dan dedikasi dalam membentuk seorang anggota bomba yang kompeten.

Menurut penyelaras Parlimen Jerai, Akramsyah Muammar Ubaidiah Tan Sri Sanusi setiap Pegawai Bomba Bantuan perlu menunjukkan minat serta jati diri yang kental seiring dengan visi jabatan.

“Setiap anggota perlu sentiasa bersiap sedia dengan cabaran-cabaran semasa seperti bencana, kemalangan, kebakaran dan sebagainya dalam usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda awam,” katanya ketika merasmikan majlis pentauliahan.

Sementara itu, menurut Siti Farah Hanim Mohd Fauzee, 29, beliau bersyukur kerana telah berjaya menamatkan latihan ini walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan beliau menyimpan hasrat untuk menganggotai Jabatan Bomba secara tetap suatu hari nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda