Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

INOTEK DESA 2018 Tarik Ribuan Pengunjung

By 21 November 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Mastika Hablum

AYER KEROH,  21 Nov (Malaysiaaktif) – Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (INOTEK DESA) yang berlangsung pada 15 sehingga 18 November ini bertempat di Melaka International Trede Centre (MITC) telah menerima ribuan pengunjung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar,  Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ekspo ini menjadi platform penting bagi memperkenalkan serta mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini serta model baharu perniagaan bagi  merlahirkan usahawan desa yang lebih inovatif,  progresif dan berdaya saing sejajar dengan lanskap ekonomi luar bandar dan seterusnya melonjakkan perniagaan desa ke peringkat global.

Menurut Norli Ahmad, ekspo ini menemukan usahawan-usahawan desa dengan membekal teknologi dan inovasi dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran serta penghasilan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti.

“Saya merupakan pengusaha pembuatan kuih tradisional turut menerima anugerah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)dan membawa pulang rebat berjumlah RM 60,000,” ujar Norli.

Penerima Skim Pembiayaan Ekonomi Desa(SPED) dan Rebat Pembiayaan.

Penerima Skim Pembiayaan Ekonomi Desa(SPED) dan Rebat Pembiayaan.

Dalam majlis perasmian ekspo ini, sebanyak empat syarikat telah menerima Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan sepuluh syarikat masing-masing menerima 30 peratus muqasah atau rebat pembiayaan.

Eskpo ini turut mempamerkan teknologi terkini dalam menghasilkan produk, jualan produk dan aktiviti-aktiviti menarik antaranya permainan e-Sport, pertandingan robotik, pencarian harta karun, buskers, demonstrasi masakan dan banyak lagi.

 

-KN

Tinggalkan komen anda