Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

56 Agensi Diraikan Sempena Tamat Istiadat Pertabalan

By 30 November 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 30 Nov (Malaysiaaktif) – 56 agensi terdiri daripada jabatan kerajaan negeri, persekutuan dan agensi swasta telah menerima penghargaan di dalam Majlis Penghargaan Sempena Tamat Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke-29 baru-baru ini.

Sijil-sijil penghargaan telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman, di sini semalam.

Ammar ketika berucap sempena majlis, di sini semalam.

Ammar ketika berucap sempena majlis, di sini semalam.

Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmud Naim yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, berkata acara pertabalan merupakan acara yang terbesar dalam sejarah negeri Kedah.

“Rakyat dari seluruh negeri dan negara telah menyaksikan acara bersejarah ini dan melalui acara ini, rakyat telah dapat melihat fungsi dan kepentingan istitusi beraja di negara kita.

“Tahniah diucapkan kepada semua agensi yang telah memberikan sumbangan, komitmen dalam menjayakan  acara-acara yang berlangsung,” katanya ketika berucap sempena majlis tersebut.

Antara agensi yang menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut ialah pejabat-pejabat daerah, pasukan keselamatan seperti Briged Ke6 Infrantri Malaysia, Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) termasuklah Tenaga Nasional, Syarikat Air Darulaman, Bina Darulaman Berhad dan tidak ketinggalan Sekretariat Istiadat Sultan Kedah ke-29.

Turut hadir ke majlis ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Kassim, Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Haji Fadzill Awang dan Ketua Sekretariat Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah ke-29,  Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah.

-SH

Tinggalkan komen anda