Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Beberapa akta ditarik semula status moratariumnya berdasarkan situasi semasa – Muhyiddin

By 3 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan dan Foto Oleh : Mohamad Zairin Mohamad Zin & A. Prabagaran Assaithampi (Selangor)

SUBANG JAYA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – “Status moratorium bagi beberapa akta telah ditarik balik dan beri kuasa penuh kepada polis untuk bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada”

Kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas lawatan ke Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Seafield, USJ 25 semalam.

“Moratorium bermaksud undang-undang tersebut dalam proses kaji semula atau untuk dihapuskan dan ini telah menyekat pihak berkuasa daripada melaksanakan undang-undang”, tegas Muhyiddin.

Menurut beliau, “perkara itu telah dipersetujui jemaah menteri pada mesyuarat lepas untuk memberi kuasa penuh pada polis untuk melaksanakan undang-undang yang telah diperuntukkan berdasarkan situasi semasa sekarang”.

Muhyiddin turut memaklumkan seramai 58 individu telah ditahan polis berhubung insiden rusuhan yang berlaku di kuil tersebut dan daripada jumlah itu seramai 38 individu Melayu, 18 individu India, dan 2 individu Cina.

“Lebih 5000 laporan polis telah diterima di seluruh negara dan daripada itu, lebih 1800 laporan telah diterima di negeri Selangor”, kata beliau.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda