Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Bengkel KPF2018 Berjaya Penuhi Harapan Mentor

By 9 Disember 2018Tiada komen6 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Memang jelas kesungguhan para jurufoto untuk cuba memenuhi jangkaan dan harapan mentor masing-masing ketika melakukan tugasan dalam tempoh empat hari.

Letih itu sudah tentu, tetapi peluang menggali ilmu daripada mentor-mentor yang terkenal ini tidak mereka sia-siakan, apa tah lagi mentor yang diundang mempunyai nama yang gah dalam industri fotografi malahan bengkel yang ditawarkan pula adalah percuma.

Dari kiri: Moira, Jennifer, Razif dan Idremzizan ketika penyempurnaan gimik perasmian.

Dari kiri: Moira, Jennifer, Razif dan Idremzizan ketika penyempurnaan gimik perasmian.

Kepakaran mentor adalah berbeza, di mana mentor Shamshahrin Shamsuddin lebih menjurus kepada genre photojournalism serupa seperti mentor daripada Brunei, Ahim Rani manakala mentor Ahmad Deny Salman dan Agah Permadi yang berasal dari Indonesia lebih menjurus kepada Photo Essay dan gambar digital masing-masing.

Seramai lebih 50 orang peserta menyertai bengkel tersebut dan ada antara hasil tugasan mereka turut dipaparkan kepada jemputan dalam Majlis Perasmian KPF2018 yang berlangsung di Wisma Bandaraya pada sabtu malam.

Antara peserta bengkel mentor Ahmad Deny ialah juru foto Irwan Majid, yang telah memenangi Gold for Best Picture Award pada Kinabalu Shell Press Awards 2018 baru-baru ini.

Azman Jumat penerima hadiah saguhati penyertaan dalam hashtag #kinabalukukpf18 menjelaskan sesuatu kepada Moira.

Azman Jumat penerima hadiah saguhati penyertaan dalam hashtag #kinabalukukpf18 menjelaskan sesuatu kepada Moira.

Menurut Irwan, meraih 14 anugerah yang melibatkan fotografi dalam tempoh 11 tahun penglibatannya dalam industri ini bukan alasan dia tidak perlu menyertai bengkel yang dikendalikan KPF.

Malah menurutnya, amat penting bagi jurufoto untuk meneruskan karier ke tahap lebih tinggi kerana setiap tenaga pengajar punyai modul dan pengalaman yang berbeza.

“KPF kali ini saya sertai bengkel yang dikendalikan oleh Ahmad Deny kerana beliau merupakan foto jurnalis yang berpengalaman dalam menerbitkan karya-karyanya di luar negara.

Irwan ketika menerima teguran daripada Ahmad Deny.

Irwan ketika menerima teguran daripada Ahmad Deny.

“Pendapat saya karier sebagai jurufoto tidak akan mati selagi mana dunia digital memerlukan imej atau gambar untuk kegunaan mereka dalam mempromosikan sesuatu dalam apa jua bidang perniagaan.

“Jurufoto juga mampu membantu masyarakat, dengan sekeping gambar mampu mengubah nasib seseorang, misalnya gelandangan dan orang miskin yang hidup bergelimpangan di ibu kota Kuala Lumpur dan seterusnya dapat perhatian pada agensi untuk membantu mereka,” ujarnya.

Kata Irwan, Karier ini juga punya masa depan kerana masyarakat akan dapat melihat karya jurufoto terpapar di seluruh dunia dan diguna pakai sebagai rujukan serta menjadi bahan sejarah walaupun pemiliknya sudah tiada.

Peserta terbaik bengkel menerima sijil penyertaan daripada Jennifer.

Peserta terbaik bengkel menerima sijil penyertaan daripada Jennifer.

Irwan turut berimpian untuk menjadi photojournalist dan jurufoto sukan sebaris dengan agensi luar negara seperti Reuters, European Digital Press Association (EPA), Associated Press (AP) dan oleh kerana dia juga meminati aktiviti luar, dia turut memasang cita-cita untuk menjadi perakam kepada agensi National Geographic.

Sementara itu, salah seorang peserta bengkel wanita, Noura Sue Osmand turut memilih jurufoto sebagai karier sampingan walaupun punya kerjaya hakiki sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Inanam Dua.

Noura menunjukkan hasil tugasan yang dilakukan dalam bengkel.

Noura menunjukkan hasil tugasan yang dilakukan dalam bengkel.

Sudah sembilan tahun aktif dalam bidang fotografi, beliau merasakan dirinya perlu untuk menyertai bengkel KPF untuk lebih memahami genre Mobile Photography untuk merakamkan produk bagi tujuan pemasaran menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp.

“Walaupun kaedah Mobile Photography menggunakan telefon bimbit tetapi peraturannya tetap sama.

“Mengikuti bengkel kendalian mentor Shamshahrin merupakan satu bonus bagi saya yang sudah ada asas fotografi.

Hasil tugasan Noura

Hasil tugasan Noura

“Belajar dengannya lebih santai dan tidak tertekan, kita jadi tidak sabar untuk mendengar perkara selanjutnya yang mahu disampaikan.

“Banyak ilmu-ilmu baharu yang saya dapat dan banyak juga ulangkaji dilakukan dari apa yang saya pernah belajar,” ujar Noura.

Tambah Noura, Shamshahrin sememangnya sabar membimbing anak-anak muridnya dalam kelas dan semasa perbincangan kerana bengkelnya turut disertai oleh pelajar yang baru berkecimpung dalam fotografi.

Sesi screening yang dijalankan di hadapan Wisma Bandaraya.

Sesi screening yang dijalankan di hadapan Wisma Bandaraya.

“Antara tugasan saya yang paling susah ialah rakaman menggunakan studio mini yang saya buat sendiri selepas melihat contoh dari mentor dan Youtube dan sememangnya ia menguji kesabaran saya kerana melibatkan barangan perak. 

“Ia juga memerlukan ketelitian dalam teknikal penjagaan cahaya dan juga ketebalan kertas yang kita gunakan sebagai penyebar,” keluhnya.

Menurut Noura, beliau memulakan fotografi hanya sebagai hobi, namun bila kemahiran dalam pengendalian kamera sudah bertambah, Noura dilamar oleh Dewi Kencana Photography sebagai pembantu jurukamera sejak tahun 2011 sehingga kini.

Rudy Matahari wakil tunggal jurufoto bawah laut yang turut sama memberi komitmen untuk KPF2018.

Rudy Matahari wakil tunggal jurufoto bawah laut yang turut sama memberi komitmen untuk KPF2018.

“Pada saya kerjaya sebagai jurufoto memang boleh pergi lebih jauh kerana ramai jurufoto tersohor tempatan atau luar negara yang ternama mampu membuktikan perkembangan karier di dalam bidang fotografi, Inshaallah, pasti ada rezeki masing-masing sama ada sepenuh masa atau sebagai kerjaya sampingan.

“Terima kasih kepada Jebat Photography Club (JPC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah kerana membawakan KPF2018,” katanya.

Setiap kerjaya juga pasti ada cabarannya, begitu juga dengan menjadi jurufoto lebih-lebih lagi apabila bidang ini dipelopori oleh lelaki.

Ahim yang turut hadir dari Brunei sebagai mentorKPF2018.

Ahim yang turut hadir dari Brunei sebagai mentor KPF2018.

Kata Noura, pasukannya dalam Dewi Kencana Photography kesemuanya terdiri dari jurufoto wanita yang melakukan pelbagai tugasan untuk perkahwinan mahupun korporat.

“Cabaran memang banyak untuk menjadi jurufoto wanita kerana dipelopori lelaki terutama sekali yang tidak mengenali kami akan hanya pandang sebelah mata.

“Salah satu program yang mencabar bagi saya ialah apabila penamaan calon tempoh hari, apabila kami dihimpit dan diasak ketika dalam tugasan.

Sesi screening

Sesi screening

“Juga semasa mantan Perdana Menteri datang berkempen di Sabah, memang mengah berkejaran dengan jurufoto profesional yang lain kerana semua mahu mendapatkan gambar terbaik untuk tugasan masing-masing,” kongsi Noura.

Namun begitu menurut Noura agak ramai jurufoto wanita yang berjaya dan dikenali kini seperti Vivian Maier, Susan Sontag dan Annie Leibovitz.

Antara peserta bengkel yang menerima sijil

Antara peserta bengkel yang menerima sijil

Dalam pada itu, untuk pertandingan tanda pagar #kinabalukukpf2018 yang dijalankan di laman sosial instagram, sebanyak 560 penyertaan diterima tetapi hanya tiga peserta yang layak memenangi hadiah utama termasuk 8 hadiah sagu hati berupa wang tunai dan sijil.

Hadiah dan sijil untuk peserta bengkel. disampaikan oleh Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Jenniffer P. Linggi yang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rusmadi Datu Sulai. 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Moira David; Ketua Penolong Pengarah BKVS, Jabatan Penerangan Sabah, Razif Chek Hashim dan Pengerusi Jebat Photography Club (JPC), Mohd Idremzizan Idris.

IMG-20181209-WA0008

Menurut Jennifer, pada penganjuran tahun ke tiga ini, semakin ramai jurufoto daripada luar Sabah hadir ke festival untuk mengikuti bengkel fotografi yang disediakan oleh KPF18.

“Saya sangat berbangga kerana ini salah satu platform yang boleh digunakan untuk pendidikan dan juga pelancongan dalam suasana pembelajaran serta dapat memperkenalkan Sabah dengan cara tersendiri.

“Saya mendapat maklumat daripada penganjur di mana peserta yang menyertai bengkel yang disediakan oleh KPF18 bertambah dan sangat mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat sekeliling.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mentor-mentor KPF18 yang sudi menyumbang idea dan ilmu untuk kemenjadiaan fotografi kepada masyarakat tempatan.

“Dengan adanya platform foto yang kini melibatkan warga antarabangsa, masyarakat sekeliling perlu peka yang mereka hadir untuk melihat keindahan Sabah secara lebih dengan melalui foto dan juga video yang bakal mereka kongsi dengan negara mereka,” ujarnya.

Peserta antarabangsa yang turut menyertai KPF2018.

Peserta antarabangsa yang turut menyertai KPF2018.

Jennifer merakamkan tahniah kepada peserta yang berjaya menghabiskan modul dengan jayanya bersama KPF18 dan berharap moga ilmu yang diperoleh dapat membantu menghasilkan foto yang lebih baik daripada sebelum ini.

Beliau juga berharap agar KPF18 akan datang menjadi platform foto antarabangsa utama buat Sabah untuk melahirkan jurufoto yang berkualiti dan dinamik.

KPF18 mengambil masa seminggu penganjurannya dengan pengisian pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti bengkel, screening foto, serta perkongsian daripada jurufoto yang hadir daripada Korea Selatan, Jepun, Brazil dan Amerika yang berkongsi karya mereka.

EM

Tinggalkan komen anda