Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajaya

Nurini Kassim dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang baharu – Gobind

By 11 Disember 2018Mei 7th, 2019Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) untuk tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 1 Januari 2019, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gobind berkata Nurini akan menggantikan Datuk Zulkefli Salleh, yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 3 Oktober 2018. Ketua Pegawai Eksekutif baharu ini akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan KKMM.

“Nurini mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang pengurusan dari pelbagai industri termasuk institusi-institusi kerajaan, pengawalseliaan kewangan, teknologi maklumat serta perhubungan awam dan hal-ehwal korporat.

“Saya percaya gabungan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Lembaga Pengelola, Majlis Penyeliaan dan pasukan editorial yang diketuai oleh Datuk Zakaria Abd Wahab akan membawa BERNAMA ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda