Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Akauntabiliti Dan Ketelusan Pasaran, Malaysia Naik Ke Tangga Ke-4

By 11 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) –   Kedudukan Malaysia telah naik secara signifikan ke tangga ke-4 dari tempat ke-7 dalam satu survei mengenai akauntabiliti dan ketelusan pasaran menurut laporan 2018 CG Watch yang diterbitkan CLSA bersama dengan Asian Corporate Governance Association bulan ini.  tahun ini, Malaysia merupakan negara yang mengalami peningkatan tertinggi sejak tahun 2016 di kalangan 12 negara pesaing serantau seperti Australia, China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata  “Kenaikan ini membuktikan bahawa usaha berterusan Kerajaan untuk menerapkan nilai Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam pentadbiran negara sedang membuahkan hasil. ACGA menerangkan bahawa peningkatan kedudukan Malaysia mencerminkan “langkah-langkah konkrit yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu korupsi yang timbul semasa rejim Dato’ Sri Najib Razak berkuasa.”

Laporan tersebut turut menyebut bahawa peningkatan kedudukan Malaysia adalah bersandarkan kepada optimisme yang berasal daripada perubahan kuasa pada 9 Mei 2018 yang membolehkan “penambahbaikan penguatkuasaan dan pelaporan” dilakukan.

f738ae29-6f50-4c84-8a31-c3c9fdf9f333

 

e88bb68e-57ef-478a-ba25-e46d8d85a5e3

“Selain daripada langkah-langkah anti-korupsi yang dijalankan, Kerajaan telah memastikan supaya sistem tender terbuka dilaksanakan secara meluas dalam proses perolehannya. “Ini bukan sahaja telah meningkatkan ketelusan dalam sektor awam, tetapi juga telah memberi kesan positif kepada pasaran tempatan. Penggunaan zero-based budgeting dan migrasi ke perakaunan akruan daripada perakaunan tunai bermula pada 2021 seperti yang dibentangkan semasa Belanjawan 2019 adalah sebahagian daripada agenda pembaharuan institusi Kerajaan untuk meningkatkan lagi paras akauntabiliti dan ketelusan dalam sektor awam”, Jelasnya.

“Peningkatan kedudukan Malaysia dalam laporan CG Watch ini adalah hanya satu daripada beberapa contoh bagaimana kualiti tadbir urus di Malaysia sedang ditambahbaik dan menyumbang kepada kemampanan fiskal kerajaan. Usaha pembaharuan institusi serta kemampanan fiskal kerajaan telahpun menyakinkan tiga agensi penarafan kredit terbesar dunia untuk mengekalkan taraf kredit Kerajaan Malaysia kepada A- atau A3. Moody’s pada 7 Disember 2018 merupakan agensi terbaharu yang telah berbuat demikian setelah Fitch Ratings mengekalkan taraf kredit Kerajaan Malaysia pada A- pada 14 Ogos 2018”. Tambah beliau.

Menurut beliau  lagi Kerajaan akan meneruskan usaha pembaharuan institusi bagi menggelakkan salah guna kuasa yang lampau daripada berulang sambil meningkatkan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

-ER

 

 

Tinggalkan komen anda