Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Kadar Pemakaian Tali Pinggang Keledar Masih Rendah – MIROS

By 12 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Kadar pemakaian tali pinggang keledar masih rendah lagi di negara ini hingga mengakibatkan pemandu atau penumpang cedera parah mahupun melibatkan kematian, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara ini boleh dielakkan jika aspek pemakaian tali pinggang keledar ditekankan, kesedaran orang ramai ditingkatkan, dan aktiviti penguatkuasaan diperhebatkan.

“Pada masa ini, kadar pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu berada pada kadar 90 peratus manakala penumpang hadapan pula pada kadar 70 peratus. Bagi penumpang belakang pula, kadar pemakaian masih rendah iaitu kira-kira lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lam Thye berkata, kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya boleh diturunkan jika aspek pemakaian tali pinggang keledar ini diutamakan.

Jelasnya, antara yang sepatutnya dilakukan adalah semua penumpang memasang tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan dan kerusi keselamatan yang bersesuaian disediakan untuk bayi serta kanak-kanak. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda