Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeRencana & Pendapat

‘Durian Gunung’ Miliki Rasa Luar Biasa

By 13 Disember 2018Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

SERIAN, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Ramai antara kita tidak tahu kandungan dan rasa ‘durian gunung’. Mungkin ramai daripada masyarakat di Sarawak tidak tahu durian gunung. Hanya mereka yang tinggal berdekatan kawasan gunung seperti di Serian, Mongkos, Tebedu, Pedawan dan Bau lebih arif mengenai durian ini.

Lazimnya durian ini berbuah hanya sekali setahun tetapi adakalanya berbuah dua kali setahun disebabkan oleh Pengaruh cuaca dan suhu di persekitaran gunung memberi kesan terhadap pendebungaan durian, pernah juga durian ini tidak mengeluarkan buah dalam masa setahun.

Durian ini dijual mengikut saiz, jumlah biji dan secara longgok daripada harga serendah RM 5.00 ringgit sehingga RM 20.00 ringgit sebiji dan daripada RM10 sehingga RM50 selonggok. Biasanya durian gunung dikutip pada awal pagi. Pemilik durian bermalam di pondok berdekatan dengan kebun dan mengangkutnya turun secara berjalan kaki. Jarak tanaman durian dari kampung atau ke pondok berjual  lebih kurang satu hingga dua jam perjalanan.

 

Saiz, warna kulit dan isi serta rasa buah adalah berbeza-beza mengikut jenis pokok dan lokasi kawasan pokok tersebut tumbuh. Warna buahnya juga ada yang kehijauan muda ke tua dan kekuningan.  Kebanyakan durian gunung  mempunyai isi yang lunak, enak sederhana manis dan juga pahit, Ia seperti buah durian biasa yang lain tetapi rasa dan isinya sahaja yang agak berbeza.

Durian daripada Gunung Ampungan adalah yang terbaik dan sering menjadi pilihan pembeli. Malah penjual durian sering memanipulasikan nama durian Gunung Ampungan untuk melariskan jualan mereka. Harga durian Gunung Ampungan biasanya lebih mahal daripada kawasan pergunungan lain.

Pemiliki Kebun mengangkut buah durian dari kawasan gunung menggunakan ‘selabit’

Pemiliki Kebun mengangkut buah durian dari kawasan gunung menggunakan ‘selabit’

Menurut cerita orang tua-tua kawasan ini sebahagian daripada pokok-pokok durian Gunung Ampungan ini tumbuh liar dan sebahagiannya pula ditanam oleh nenek moyang mereka sewaktu berpindah ke kawasan Serian dahulu. Semasa perpindahan kaum Bidayuh dari Kalimantan Barat ke Serian dahulu,  mereka hidup di kawasan gunung sebelum berpindah ke kawasan tanah rendah dan rata  bagi meneruskan kehidupan seperti hari ini.

Pondok digunakan untuk bermalam dibina dilereng gunung untuk menunggu buah jatuh

Pondok digunakan untuk bermalam dibina dilereng gunung untuk menunggu buah jatuh

Ada juga yang mengatakan pokok-pokok durian ini tumbuh akibat daripada bawaan binatang liar ke kawasan gunung seperti monyet dan beruk.  Kini, penduduk  yang tinggal di kaki gunung telah menanam pokok durian baharu di atas tanah mereka sendiri yang terletak di kawasan pertengahan gunung.

Ada teori mengaitkan durian pergunungan Serian lebih enak dan lunak berbanding dengan durian pergunungan lain kerena faktor kandungan tanih dan geologi. Kawasan Serian terdiri daripada batuan igneus dan tanah volkanik dikenali tanah regosol.

Membersih kulit durian dan diasingkan mengikut saiz dan  jenis isi  sebelum dijual

Membersih kulit durian dan diasingkan mengikut saiz dan jenis isi sebelum dijual

Tanah gunung berapi atau volkanik adalah tanah yang terbentuk dari lapukan bahan letusan gunung berapi yang subur mengandung zat hara yang tinggi. Zat hara adalah mineral pelbagai di dalam tanah yang diperlukan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis.

Faktor kedua disebabkan oleh suhu yang sejuk. Oleh kerana pokok ini hidup di kawasan tanah tinggi yang bersuhu sejuk ia mempengaruhi rasa buah tersebut. Buah durian yang segar rasanya enak tambahan pula isi buahnya lunak dan menyelerakan.

-ER

Tinggalkan komen anda