Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Air Tangan Diraja Musim Tengkujuh

By 15 Disember 2018Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira Yahya

KUANTAN, 15 Disember (Malaysiaaktif) – Tradisi memasak untuk mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Pahang diteruskan pada setiap tahun oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli berkhidmat dan menziarah mangsa banjir, semalam.IMG-20181215-WA0012

“Saya sangat puas hati, dapat memasak sendiri, dapat menjaga dan mengenyangkan perut rakyat” titah baginda ketika menyediakan bahan masakan di Dewan orang Ramai Balok.

Menariknya air tangan Diraja ini dimasak sendiri oleh baginda dan dibantu oleh seramai 15 pelajar dan lima tukang masak daripada Program Perhotelan dan Kulinari Kolej Yayasan Pahang Advance Skills.IMG-20181215-WA0011

Baginda turut mengajar kemahiran, berkongsi petua, tips memasak kepada para pelajar serta mencipta pelbagai resepi menggunakan bahan masakan yang sedia ada di dapur pusat pemindahan banjir tersebut.

Kumpulan memasak Diraja ini telah berbakti kepada empat lokasi Pusat Permindahan Banjir di daerah Kuantan bermula di SK Cherating, SK Sg Karang, SK Beserah dan Dewan Orang Ramai Balok.

Muhammad Husnul Aiman, 19 merasakan pengalaman kali pertama memasak bersama Tuanku, “Baginda memilih menu dengan teliti dan terbaik untuk disajikan kepada mangsa banjir, serta amat mudah bekerja dan mendengar arahan yang diberikan oleh Tuanku.”

Antara menu yang disajikan ialah gulai daging, sayur kobis air, ayam goreng kentang, sardin, sayur lemak kobis,
ayam goreng kicap, telur berlada, gulai lemak, daging masak santan dan sayur lemak kacang panjang.

Sehingga kini, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara bagi mangsa banjir telah mula beroperasi di daerah kuantan sejak 12 Disember lalu melibatkan 111 keluarga dan 414 mangsa.

Turut hadir melawat mangsa banjir, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda