Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kayuhan Basikal Eratkan Hubungan Dua Negara

By 1 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: M.Syafiq Razi (Padang Terap)

KUALA NERANG, 1 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang peserta kumpulan kayuhan basikal Royal Thai Police dan Komuniti Ban Prakhob yang diketuai oleh Sub-Superintenden Sathon Police Station, Selatan Thailand, Lt. Col. Pratya Baiteh telah melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap dengan mengayuh basikal sejauh 35 kilometer.

Seawal pukul 8.00 pagi semalam, rombongan ini telah sampai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQSl) Kota Putra iaitu sempadan Malaysia/Thailand Durian Burung.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris, program anjuran bersama IPD Padang Terap dan Polis Sathon, Thailand bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua negara iaitu Polis Diraja Malaysia dengan Polis Sathon, Thailand, malah dapat menyatukan dua negara serta memperkukuh aspek keselamatan negara khususnya.

Peserta kayuhan dari Royal Thai Police disambut di Kompleks ICQS Durian Burung.

Peserta kayuhan dari Royal Thai Police disambut di Kompleks ICQS Durian Burung.

“Selain itu, sukan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan ikatan perpaduan disamping mengekalkan warga kerja sihat menerusi budaya bersukan,” ujar Noh yang ditemui di IPD Padang Terap, di sini.

Jelajah berbasikal kumpulan kayuhan basikal Royal Thai Police dan Komuniti Ban Prakhob ini telah berhenti rehat di Balai Polis Padang Sanai untuk sarapan sebelum meneruskan kayuhan ke IPD Padang Terap.

Peserta rombongan telah disambut oleh kumpulan kayuhan basikal IPD Padang Terap dan Komuniti Padang Terap yang diketuai oleh Ketua Bahagian Start IPD Padang Terap, Insp. Mohd Nazro Hisam Abdullah.

Noh tidak menolak kemungkinan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk eratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

-SH

Tinggalkan komen anda