Skip to main content
HomeJohor

Peniaga Bersih Dan Berdisiplin Tarikan Pengunjung

By 6 Januari 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Persekitaran bersih dan layanan pekerja yang mesra menjadi salah satu punca tarikan pengunjung selain persembahan menarik pelbagai menu hidangan.

Melalui pengalaman manis tersebut, ia akan menjadi perbualan dari mulut ke mulut dan seterusnya menambahkan keyakinan orang ramai, manfaat dan rezeki kepada aktiviti perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ketika dibawa melawat premis-premis perniagaan yang terdapat di Medan Selera Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ketika dibawa melawat premis-premis perniagaan yang terdapat di Medan Selera Iskandar Malaysia.

Berucap ketika merasmikan Majlis Perasmian Medan Selera Iskandar Malaysia di sini, hari ini, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian turut menambah, golongan peniaga juga perlu terus meningkatkan kemahiran diri dan mahir menggunakan rantaian dan rangkaian hubungan perniagaan serta melakukan promosi produk menggunakan kaedah baharu iaitu e-bisnes media sosial.

“Saya juga menyambut baik usaha para peniaga di sini yang telah bermuafakat untuk mewujudkan sebuah koperasi di kalangan mereka, di mana koperasi inilah yang akan menjadi nadi kepada inisiatif dan program pengupayaan bagi memperkasa peniaga kecil, sekaligus mampu menjadi teras kepada usaha memperkasa masyarakat tempatan,” jelasnya lagi.

Beliau menambah, medan selera yang diwujudkan ini merupakan salah satu usaha menyediakan peluang perniagaan kepada masyarakat tempatan dan sebagai tempat tarikan pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim yakin pembangunan Medan Selera Iskandar Malaysia mampu meningkatkan daya keusahawanan dan kapasiti golongan berpendapatan rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim yakin pembangunan Medan Selera Iskandar Malaysia mampu meningkatkan daya keusahawanan dan kapasiti golongan berpendapatan rendah.

“Sebanyak 25 buah unit ruang niaga di bangunan dua tingkat ini telah disediakan untuk para peniaga dan setakat hari ini, peniaga-peniaga di Medan Selera Iskandar Malaysia telah meraih hasil jualan dengan anggaran antara RM6,000 sehingga RM7,000 sebulan sejak ianya mula beroperasi pada bulan Julai 2018 yang lalu,” ujar beliau.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim menjelaskan, pembinaan Medan Selera Iskandar Malaysia adalah salah satu usaha yang dilakukan bagi menterjemah manifestasi dan hasrat kerajaan dalam membantu kumpulan sasaran untuk meningkatkan daya keusahawanan dan pendapatan.

“Projek pembangunan sosio ekonomi seperti ini banyak bertumpu kepada usaha-usaha mempmeningkatkan kapasiti golongan berpendapatan rendah menerusi kemudahan yang disediakan bagi memperkasakan masyarakat secara keseluruhan,” ujar beliau.

Md. Ali Ab. Rahim, salah seorang peniaga di Medan Selera Iskandar Malaysia, berharap pihak IRDA dapat mempertingkatkan publisiti dan hebahan agar lebih ramai orang menyedari kewujudan medan selera ini.

Menurut salah seorang peniaga di sini, Md. Ali Ab. Rahim, 54, beliau perlu melalui tiga kali fasa temuduga dan ujian masakan sebelum terpilih untuk berniaga di sini.

“Prosedur ini perlu kerana kemudahan yang disediakan di sini sangat baik dan kebersihannya sering dijaga untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung pada setiap masa,” jelasnya yang turut berharap agar pihak IRDA mempertingkatkan kaedah promosi dan hebahan agar lebih ramai orang menyedari kewujudan medan selera ini.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Sahad Othman, 55, menyatakan beliau telah empat kali mengunjungi dan menjamu selera di medan selera ini.

Mohd Sahad Othman dari Taman Universiti, sudah empat kali mengunjungi dan menjamu selera di Medan Selera Iskandar Malaysia bersama keluarga kerana tertarik dengan kepelbagaian menu makanan dan kebersihannya.

“Macam-macam menu makanan ada dijual di sini seperti murtabak, masakan asam pedas, nasi ayam kukus, kambing bakar dan nasi beriani yang dijual dengan harga yang berpatutan,” tambahnya lagi yang turut gembira dengan tahap kebersihan di tempat ini.

Mohd Sahad Othman dari Taman Universiti, sudah empat kali mengunjungi dan menjamu selera di Medan Selera Iskandar Malaysia bersama keluarga kerana tertarik dengan kepelbagaian menu makanan dan kebersihannya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Adib Azhari Daud dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohamed Ridha Abdul Kadir.

Tinggalkan komen anda