Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

42 Masjid dan Surau Sekitar Tupong  Menerima Sumbangan Sejumlah 189 Ribu Ringgit

By 7 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/ Parno Selamat (Sarawak)

KUCHING, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Sumbangan peruntukkan sebanyak RM90,000.00 untuk 9 buah masjid dan RM99,000.00 untuk 33 buah surau dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM189,000.00.

Majlis Penyampaian sumbangan kepada Masjid dan Surau bagi kawasan N.6 Tupong disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar bertempat di Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya,Kuching semalam.

Asfia (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi, Masjid Al Abyad,Matang Jaya sambil disaksikan oleh Senator Dr Zaiedi Suhaili (kiri)

Asfia (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi, Masjid Al Abyad,Matang Jaya sambil disaksikan oleh Senator Dr Zaiedi Suhaili (kiri)

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi bagi mewakili Masjid masing-masing.

Mohd Asfia berkata, Bantuan ini diberikan secara “one off” untuk surau dan masjid bagi menjalankan aktiviti masing-masing. sekali gus bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban rumah ibadat berkenaan.

Tambahnya lagi, ajaran agama Islam sebenar tidak pernah mengajar umatnya berpecah belah serta memusuhi antara satu sama lain.

Beliau juga mengingatkan agar umat Islam tidak membiarkan anasir luar merosakkan akidah serta melemahkan mereka.

Mohd Asfia menyeru agar penerima sumbangan menggunakan sebaiknya sumbangan berkenaan terutamnya untuk tujuan membaiki masjid dan surau serta menganjurkan program-program yang boleh menarik golongan muda untuk mendekati masjid seterusnya menghayati ajaran Islam.

Ketibaan Pemangku TYT (Empat dari kanan) disambut dan diiringi oleh Senator Dr Zaiedi Suhaili(Dua dari kanan)

Ketibaan Pemangku TYT (Empat dari kanan) disambut dan diiringi oleh Senator Dr Zaiedi Suhaili(Dua dari kanan)

Pada masa yang sama Isteri kepada Pemangku Yang Di-Pertua turut menyampaikan sumbangan kepada Bendahari Persatuan Kebajikan Wanita Tupong,Puan Zuraina Bolhassan untuk tujuan menjalankan aktiviti.

Dalam majlis tersebut kira-kira 400 orang penduduk setempat hadir menyaksikan.

Turut hadir ialah Senator Dr Zaiedi Suhaili, Ahli Dewan Negara, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen P194 Petra Jaya,Fazzruddin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong

Tinggalkan komen anda