Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kerajaan Komited Uruskan Isu Sisa Pepejal

By 7 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata kerajaan komited dengan pengimport dan pemprosesan sisa pepejal sehingga sanggup turun padang dan melihat sendiri keadaan kilang serta cara pemprosesan sisa pepejal sehingga menghasilkan bahan yang boleh digunakan semula.

Setakat ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum meluluskan sebarang pemberian permit lulus (AP) bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak dibekukan pada Julai tahun lalu.

Zuraida ketika mengadakan lawatan kerja di tempat pengumpulan sisa plastik, di sini.

Zuraida ketika mengadakan lawatan kerja di tempat pengumpulan sisa plastik, di sini.

Menurut Zuraida, langkah ini diambil untuk memastikan setiap kilang mematuhi prosedur baharu yang ditetapkan oleh KPKT sebelum memohon AP.

“Sisa pepejal bukan sahaja dilihat sebagai punca pencemaran alam namun industri ini menjadi salah satu komoditi berharga kepada negara kerana mampu menjana pendapatan kepada pengusaha kilang kitar semula dan sekaligus membuka peluang pekerjaan dan memantapkan ekonomi negara.

“Kalau operasi mereka bertepatan dengan apa yang kita nak, kita akan luluskan, kita tak nak merugikan industri yang berpotensi ini kerana ketika ini, di Malaysia industri ini bernilai RM30 bilion” katanya sempena lawatan kerjanya di kilang Plasticycle Industries Sdn. Bhd., di sini semalam.

Beliau juga memberikan peluang kepada pengusaha kilang kitar semula yang beroperasi secara haram supaya memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan dan memohon lesen AP bagi meneruskan operasi pengeluaran mereka.

Zuraida juga menjelaskan kerajaan tidak akan mudah berputus asa dalam usaha mendidik dan mengalakkan orang ramai membuat pengasingan sisa bermula daripada rumah untuk dihantar ke pusat kitar semula.

-SH

Tinggalkan komen anda