Skip to main content
Berita TempatanHomeMelakaSains & Teknologi

Kesalinghubungan Dengan Internet Perkasa Rakyat Ke Tahap Berbeza – Gobind

By 8 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

JASIN, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Kesalinghubungan antara rakyat melalui medium internet mampu memperkasa kehidupan rakyat ke tahap yang berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila internet kini memain peranan dalam menukar corak pelbagai bidang penting seperti pendidikan, ekonomi dan perubatan ke arah sesuatu yang dapat memperkasa rakyat serta penduduk dunia secara global.

Justeru, katanya, projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di sini adalah langkah pertama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghubungkan rakyat seluruh negara dengan memberikan perkhidmatan jalur lebar kelajuan dan kualiti tinggi.

“Kita ada banyak kerja yang perlu dibuat, and we have a lot of catching up to do, i’m very committed to ensure we achieve in months to come (saya amat komited bagi memastikan kita mencapainya dalam beberapa bulan akan datang), kalau kita boleh hubungkan seluruh rakyat Malaysia melalui internet saya yakin kita boleh empower our people (memperkasakan masyarakat kita),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan projek perantis NFCP di sini yang turut dihadiri Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee, Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Tan Sri Leo Moggie, Pengerusi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak, dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.- BERNAMA

Tinggalkan komen anda