Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

KWSP Turun Padang Bertemu Masyarakat Luar Bandar

By 8 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Syafiq Saad/Husni Mubarak (Padang Terap)

KUALA NERANG, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus giat melaksanakan pelbagai program termasuklah perkhidmatan pasukan bergeraknya yang memberikan perkhidmatan dengan mendekati pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang berada jauh daripada pejabat KWSP.

Menurut Pegawai Perkhidmatan KWSP Hamdan Ismail, agenda KWSP pada program kali ini adalah untuk memaklumkan kepada ahli KWSP dan orang ramai mengenai pendaftaran i-SURI.

“i-SURI merupakan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) yang menyasarkan suri rumah, balu dan ibu tunggal.

“Mereka perlu membuat caruman minimum sebanyak RM5.00 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40.00 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun KWSP masing-masing,” ujarnya ketika ditemui hari ini, di Dataran Putra di sini.

Tambah Hamdan, selain perkhidmatan pendaftaran i-SURI, perkhidmatan lain yang turut disediakan oleh pasukan bergerak KWSP ialah mencetak penyata terkini KWSP, pendaftaran penamaan, pendaftaran i-Akaun, mengemaskini alamat, pernyataan skim-skim KWSP serta mengisi borang pengeluaran wang KWSP.

Pelanggan yang hadir, Jamil Johari menyatakan bahawa dengan adanya perkhidmatan secara bergerak ini dapat memudahkan orang ramai terutamanya yang mempunyai kesukaran untuk turun ke pejabat KWSP.

“Banyak urusan dapat dimanfaatkan semasa bertemu pasukan bergerak KWSP di sini,” katanya yang turut menyemak penyata akaunnya.

-SH

Tinggalkan komen anda