Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Pengusaha Premis Makanan Dipuji

By 9 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Kempen Larangan Merokok telah mula berkuatkuasa di seluruh Negara dan disambut baik oleh sesetengah pengusaha premis makanan antaranya Pelita Samudera Sdn Bhd yang telah mengumumkan bahawa seluruh rangkaian di Malaysia merupakan Zon Bebas Asap Rokok selaras dengan kempen Kerajaan.

Dato’ Uswath Khan, Pengarah Eksekutif Pelita Samudera Sdn Bhd ketika ditemui berkata keseluruhan 27 cawangan Restoran Pelita akan menghentikan penjualan rokok di premis mereka hujung tahun ini kerana masih mempunyai baki kontrak bersama syarikat rokok namun, sekiranya syarikat rokok bersetuju untuk memberikan pengecualian awal maka Restoran Pelita akan melaksanakannya lebih awal.

Simbolik melekat Notis Zon Larangan Merokok di Restoran Pelita Chai Leng Park

Simbolik melekat Notis Zon Larangan Merokok di Restoran Pelita Chai Leng Park

Selain itu, menurut Azhar Mohammad, Pengerusi The Light Hotel (M) Sdn Bhd berkata mereka juga turut menyahut kempen Kerajaan di mana keseluruhan kawasan The Light Hotel juga merupakan Zon Larangan Merokok.

Setakat ini sebanyak 1, 604 premis makanan di sekitar Pulau Pinang telah dilawati dan sebanyak 1, 278 teguran dan juga amaran telah dikeluarkan oleh pihak Penguatkuasa Kesihatan ujar Dr. Farzana Adam, Ketua Penolong Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit.

Dr. Afif Bahardin, Exco Kesihatan yang turut sama turun padang memuji tindakan dan inisiatif pengusaha premis makanan yang sama – sama membantu Kerajaan dalam menjayakan Kempen Larangan Merokok agar masyarakat lebih peka dan sekaligus melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

Barisan Penguatkuasa Kesihatan yang akan sentiasa menguatkuasakan larangan merokok

Barisan Penguatkuasa Kesihatan yang akan sentiasa menguatkuasakan larangan merokok

Beliau juga turut berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat mempertimbangkan untuk larangan menjual rokok di premis – premis makanan agar selari dengan kempen larangan Merokok di premis makanan.

Rata – rata masyarakat yang ditemui menyambut baik seruan Kerajaan dalam merealisasikan Kempen Larangan Merokok di premis makanan.

-ER

Tinggalkan komen anda