Undang-Undang Baharu Bagi Pelihara Kesucian Institusi Diraja Negara

550739ac058963d0ffddc41f3acb894d5c36c0c15de98

PUTRAJAYA, 10 Jan (Malaysiaaktif) — Undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata pindaan akan turut dibuat pada undang-undang sedia ada bagi tujuan yang sama.

“Sistem negara kita ialah sistem Raja Berperlembagaan. Jadi kerajaan perlu sentiasa pastikan bahawa raja-raja kita dilindungi daripada fitnah yang tidak berasas dan diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas majlis amanat tahun baharu 2019 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Liew berkata undang-undang mesti ada untuk menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati institusi diraja negara.

“Objektifnya adalah untuk memastikan perlembagaan diraja sentiasa dilindungi daripada semua bentuk serangan,” katanya.- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...