Skip to main content
HomeSabah

Manfaatkan Bakat Belia Untuk Tarik Pelabur di Sabah

By 11 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sabah perlu memanfaatkan bakat belia di negeri ini bagi menarik minat pelabur kepada golongan tersebut terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta E-Sukan.

Majlis Belia Sabah (MBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N16 Luyang, Phoong Jin Zhe sependapat mengenai hal tersebut ketika berbincang pada kunjungan hormat yang diadakan di pejabatnya pada Rabu.

Menurut Phoong, bakat yang ada pada belia diharap dapat diuruskan dengan baik supaya dapat disalurkan untuk memajukan negeri Sabah.

Ahmad Farid bersama MBS ketika membuat kunjungan hormat kepada Phoong(kanan).

Ahmad Farid bersama MBS ketika membuat kunjungan hormat kepada Phoong (kanan).

Beliau turut bertegas agar bakat tersebut dapat dimanfaatkan untuk mengelakkan peningkatan bilangan belia yang berbakat daripada berhijrah dan menggunakan kemahiran mereka di luar.

Kunjungan hormat tersebut dihadiri oleh Presiden MBS, Ahmad Farid Sainuri dan disertai oleh Pengerusi Tetap MBS; Mazlan Johari Manan, Timbalan Pengerusi MBS, Fawwaz Abekan; Naib Presiden, Kevin Lo; Ketua Penerangan, Mohd Zikri Zainudin serta Exco MBS, David Chia.

Phoong turut menzahirkan kerisauan tentang harga perumahan yang tinggi hingga menyukarkan para belia untuk membeli rumah.

Katanya, beliau khuatir akan berlakunya Bandar Berhantu (Ghost Town) di mana terdapat banyak bangunan dan perumahan yang tidak berpenghuni disebabkan oleh harga rumah yang semakin meningkat

Pada kunjungan itu juga, kedua pihak bersetuju supaya Majlis Perbandaran atau Daerah melantik seorang Ahli Majlis dalam kalangan belia, agar dapat menyantuni golongan tersebut yang ada di bandar atau daerah serta menangani isu yang timbul mengikut perspektif dan kehendak para belia.

 

EM

Tinggalkan komen anda