Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

KKM Lulus RM500 Ribu Naik Taraf Klinik Kesihatan Batu Arang

By 12 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto:: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan berjumlah RM500 ribu untuk mengatasi kesesakan orang ramai yang menggunakan khidmat Klinik Kesihatan (KK) Batu Arang.

Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye berkata peruntukan yang disalurkan merupakan penyelesaian jangka pendek seperti ruang menunggu yang sempit, banjir kilat dan ruang bertugas kakitangan yang tidak selesa.

Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Mohamad Nazarudin Bahari (tiga dari kiri) menerangkan cadangan bangunan baru KK Batu Arang bagi penyelesaian jangka panjang kepada Dr Lee Boon Chye (dua dari kanan).

Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Mohamad Nazarudin Bahari (tiga dari kiri) menerangkan cadangan bangunan baru KK Batu Arang bagi penyelesaian jangka panjang kepada Dr Lee Boon Chye (dua dari kanan).

 

“Kementerian bersetuju dengan cadangan pembinaan klinik kesihatan yang baharu bagi mengatasi masalah itu.

“Namun, baik pulih dan naik taraf kemudahan sedia ada juga satu keperluan dalam memberi kemudahan selesa bagi penyelesaian jangka masa pendek,” katanya semasa lawatan ke klinik berusia 43 tahun itu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim; Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat.

Menurut Boon Chye, diianggarkan jumlah 400 orang pesakit yang menggunakan kemudahan klinik kesihatan itu sehari dan kerja naik taraf nanti mampu mengurangkan kesesakan dan pengasingan bahagian kakitangan.

Dr Lee Boon Chye meninjau kesesakan yang berlaku di KK Batu Arang.

Dr Lee Boon Chye meninjau kesesakan yang berlaku di KK Batu Arang.

Mengulas berkenaan penyelesaian jangka panjang, prosedur pembinaan klinik kesihatan yang baharu itu akan mengambil model klinik kesihatan kelas tiga di Gombak Setia atau Manjoi.

“Anggaran projek tersebut bernilai RM30 juta mengambil kira kos sebanyak RM23 juta di Klinik Kesihatan Gombak Setia, lima tahun lalu,” jelas beliau.

Sementara itu, Wei Kiat ketika ditemui selepas program melahirkan perasaan gembira mendengar pengumuman daripada KKM yang meluluskan peruntukan menaik taraf KK Batu Arang.

“Pembangunan yang pesat di kawasan sekitar seperti Kota Puteri, Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes menyebabkan kesesakan yang teruk di klinik ini.

“Penyelesaian jangka pendek untuk membesarkan ruang khasnya tempat menunggu bagi memberi keselesaan kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Tambah Wei Kiat, keperluan menaik taraf tersebut perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja untuk keselesaan orang ramai malah memberi ruang yang lebih luas untuk kakitangan klinik menjalankan tugas mereka.

-NAZ

Tinggalkan komen anda