KKMM Pastikan Semua Rakyat Sarawak Dapat Akses Internet – Gobind

aa129083fc62535a5a02ca91370f54d85c3c1687270f4

KUCHING, 14 Jan (Malaysiaaktif) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo mahu memastikan perkhidmatan internet bertaraf antarabangsa dinikmati oleh seluruh masyarakat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunung-ganang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.

“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita boleh pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.

“Kementerian mahu tekankan kepada internet, yang mempunyai kualiti internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitaran yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, hari ini.

Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.

“Jika kos penggunaan internet terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmatan internet,” katanya.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...