Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Aset Negara; Toleransi Kaum Dan Agama

By 15 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

LACHAU, 15 Jan Ā (Malaysiaaktif) – Mount Hossana Chapel mungkin tidak asing lagi bagi pengguna jalanraya yang melalui Jalan Kuching Sri ā€“ Aman. Ā Ia adalah sebuah bangunan tersendiri terletak di atas sebuah bukit di kelilingi oleh tanaman kelapa sawit berlatarbelakang Banjaran Kelingkang yang memisahkan Sarawak dengan Kalimantan Indonesia. Manakala pemandangan dari chapelĀ  menghala ke bahagian Timur Ā pula Ā begitu indah dan memukau.

Mount Hossana Chapel ini mula dibina pada tahun 1997 semasa di bawah pimpinan paderi mendiang Rev. Richard Khoo.Ā  Struktur berwarna putih kelihatan tersergam indah dari pandangan Jalanraya Pan Borneo. Terdapat 100 anak tangga dibina sehingga ke chapel di puncak bukit.Ā  Suasana di kawasan ini amat hening dan indah sekali untuk menjalankan aktiviti beribadah.

Pengunjung menaik anak tangga untuk melihat sendiri keindahan yang memukau

Pengunjung menaik anak tangga untuk melihat sendiri keindahan yang memukau

Pusat ibadah ini letaknya lebih kurang 157 kilometer dari bandar Kuching manakala jaraknya dari Daerah Sri Aman pula lebih kurang 33 kilometer. Tempat ini amat popular sebagai tempat beribadah dan pusat ā€˜retreatā€™ bagi umat Kristian Katolik. Namun pusat ibadat ini juga menjadi tumpuan pengunjung luar dan juga menjalankan ibadat disini, Malah pengunjung yang beragama Kristian dari negara jiran seperti Indonesia dan Eropah turut datang untuk beribadat disini.

Keindahan rekabentuk danĀ  keheningan suasana dengan hembusan bayu lintang dan angin dariĀ  lembah serta banjaran menjadikan tempat ini sebagai tumpuan yang datang dari dekat dan jauh. Penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan beribadah ini kebanyakan adalah penganut Kristian Anglikan walaupun tempat ini kepunyaan penganut Kristian Katolik namun penganut agama lain turut datang untuk menikmati suasana yang indah dari atasĀ  pusat ibadah ini.

Ā Keharmonian, kefahamanĀ  dan toleransi dalam kalangan kaum serta agamaĀ  terutama di Sarawak tidak menghalang rakyatnya untuk mengunjungi pusat beribadah bagi melihat suasana di sesuatu tempat.

-ER

Tinggalkan komen anda