Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Ikan Bandaraya Jejas Ekosistem

By 16 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam menjelaskan bahawa kehadiran spesis “ikan bandaraya” yang boleh menjejaskan ekosistem sungai.

Menurut jabatan tersebut, kesan jangka pendek dan jangka panjang dijangka berlaku jika aktiviti ini tidak dihentikan dan dikawal. Antaranya akan menyebabkan kerosakan habitat perikanan, persekitaran akuatik dan biodiversiti ikan air tawar di Malaysia.

“DoF menyarankan orang ramai agar tidak melepaskan atau membuang spesies ikan asing ke perairan umum. Ini bagi mengelakkan kesan daripada aktivti tersebut yang boleh menjejaskan biodiversiti spesies ikan tempatan.

Ikan bandaraya atau dikenali sebagai Amazon Sailin Catfish atau nama saintifiknya Pterygoplichthys pardalis banyak didapati di beberapa sungai di Malaysia.

Ikan bandaraya atau dikenali sebagai Amazon Sailin Catfish atau nama saintifiknya Pterygoplichthys pardalis banyak didapati di beberapa sungai di Malaysia.

“Ikan ini didapati akan mengorek dasar sungai atau tebing yang menyebabkan kesan seperi air keruh, tebing sungai runtuh dan gangguan keseimbangan persekitaran akuatik. Keadaan ini berlaku semasa ikan mencari makanan dan juga semasa menjalani proses pembiakan,” katanya, di sini semalam.

Ikan bandaraya ini juga didapati memakan tumbuhan akuatik yang diperlukan bagi beberapa spesies ikan air tawar untuk habitat pembiakannya. Selain itu ikan ini berperanan sebagai pemangsa kepada larva ikan-ikan di habitat berkenaan dan pastinya akan menjejaskan kelestarian populasi ikan tempatan.

“Peningkatan populasi ikan ini juga memberi impak negatif kepada perikanan darat antaranya menjejaskan pendapatan nelayan sungai dengan penurunan stok ikan disebabkan oleh gangguan habitat dan pemangsaan.

“Beberapa laporan kebanjiran ikan ini telah menyebabkan kerugian kepada nelayan sungai seperti menyebabkan kerosakan pukat, tambahan masa bagi membuang ikan semasa aktitiviti tangkapan ikan dijalankan dan tambahan kos disebabkan nilai usaha-usaha yang lain,” katanya lagi.

DoF turut menyeru kepada semua pihak yang terlibat bagi tujuan pelepasan ikan ini menghubungi pihak jabatan bagi mendapat nasihat selanjutnya bagi mengelakkan keadaan berterusan dan bagi menjamin kelestarian sumber perikanan darat terpelihara.

-SH

Tinggalkan komen anda