Skip to main content
HomeJohor

Gerai Ikan Bakar Beroda Tiga Galak Usahawan Muda

By 16 Januari 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/ Foto Oleh: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Bidang keusahawanan mampu tonjol bakat usahawan muda bimbingan Politeknik METrO, Johor Bahru.

Menyedari kepentingan ilmu keusahawanan, Nur Aiman Nisimin, 20, bercita-cita sebagai seorang usahawan dan nekad mengikuti Kursus Keusahawanan (Entreprenuership) selama dua tahun enam bulan di Politeknik METrO, Johor Bahru.

Usahawan muda ini nekad apabila melihat saudaranya sendiri mampu membuka perniagaan masakan belut yang mendapat tarikan pelanggan di Tanjung Karang, Selangor dan terpanggil untuk terus berniaga.

“Di sini, saya menyertai sebuah program di bawah kendalian mentor saya iaitu Encik Fuad yang mempunyai hubungan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor dan menawarkan tempat untuk saya membuat latihan praktikal keusahawanan,” jelasnya.

Bermula dari pengalaman latihan praktikal tersebut, beliau memasang hasrat untuk memulakan perniagaan masakan ikan bakar dengan menggunakan motorsikal beroda tiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, Dr. Sahruddin Jamal, mahu lepasan graduan Institut Pengajian Tinggi mengurangkan kebergantungan terhadap kerjaya makan gaji.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, Dr. Sahruddin Jamal, mahu lepasan graduan Institut Pengajian Tinggi mengurangkan kebergantungan terhadap kerjaya makan gaji.

“Saya berharap untuk membuka perniagaan ikan bakar menggunakan motorsikal beroda tiga dengan menubuhkan sebuah francais bersama empat lagi rakan yang sudah memiliki motorsikal beroda tiga dan konsep ini juga akan menggabungkan gandingan usahawan berpengalaman agar kami mampu berdaya saing,” tambahnya lagi.

Apa yang menarik, Aiman turut memasang impian agar konsep gerai ikan bakar beroda tiga ini mampu diperluaskan untuk menerima tempahan menyediakan hidangan ikan bakar di majlis keraian orang ramai.

“Gerai ikan bakar beroda tiga ini juga boleh menerima tempahan di majlis perkahwinan dan tetamu yang datang akan dihidangkan dengan masakan ikan bakar yang segar dari dapur masakan,” ujarnya dengan penuh semangat.

Menurut Aiman, konsep gerai ikan bakar beroda tiga ini pernah dilaksanakan di Pasar Tani Kecil (PTK) Permas anjuran FAMA Negeri Johor dan beliau berharap agar konsep ini terus mendapat sambutan.

Melalui pendedahan dari aspek keusahawanan pertanian, kerjaya perniagaan pertanian mampu menjana pendapatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan. – Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Melalui pendedahan dari aspek keusahawanan pertanian, kerjaya perniagaan pertanian mampu menjana pendapatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan. – Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Sementara itu, bagi mewujudkan dan mempersiapkan jati diri usahawan generasi baharu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal menjelaskan bahawa, FAMA dengan kerjasama ahli Kelab MyAgrosis serta usahawan Industri Asas Tani (IAT) telah mewujudkan program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) yang diharapkan mampu melahirkan usahawan baharu di peringkat lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan mengurangkan kebergantungan lepasan graduan terhadap kerjaya makan gaji.

“Peranan NBME ialah bekerjasama dengan FAMA dan juga para usahawan asas tani agar mereka dapat dibimbing dan bergerak maju serta berdaya saing tinggi untuk mencapai matlamat kelestarian bisnes.

Mereka akan berinteraksi dan bertransaksi secara ‘offline’ dan ‘online’ untuk merancakkan gerak kerja dalam kempen pemasaran dan seterusnya akan membuka peluang dan ruang baharu dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Diharap selepas ini tiada lagi keluhan lepasan graduan keusahawanan yang berkelayakan diploma mahupun ijazah yang terus menganggur,” jelas beliau ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Pelancaran MyAgrosis New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Peringkat Negeri Johor, baru-baru ini.

Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) diharapkan dapat mewujudkan dan mempersiapkan jati diri usahawan generasi baharu dari kalangan peserta MyAgrosis menceburi bidang keusahawanan.

Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) diharapkan dapat mewujudkan dan mempersiapkan jati diri usahawan generasi baharu dari kalangan peserta MyAgrosis menceburi bidang keusahawanan.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, turut mengulas, bahawa sasaran bagi peserta-peserta program NBME ini adalah untuk diberi pendedahan dari aspek keusahawanan pertanian dan akhirnya mampu menjana pendapatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan.

“Selain daripada itu, FAMA juga akan bekerjasama dengan pihak Agrobank agar dapat memberi keutamaan dari segi pembiayaan perniagaan kepada peserta-peserta program ini apabila mereka sudah tamat pengajian dan ingin menceburi kerjaya perniagaan pertanian,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut juga, FAMA Negeri Johor melalui Unit Agropreneur Muda dan Projek Khas menyerahkan lima unit kanopi kepada Kelab MyAgrosis Politeknik METrO Johor Bahru yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli kelab melaksanakan program-program keusahawanan pada masa akan datang.

Hadir sama, Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Azirin Abdul Aziz; Pengarah FAMA Negeri Johor, Alwi Anang dan Ahli Majlis MBJB Zon Kampung Melayu, Rosli Kemin.

EM

Tinggalkan komen anda