Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Waris Ganti Tengku Mahkota Pahang

By 16 Januari 2019Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto:  Pai Syahira Yahya

PEKAN, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah akan mengumumkan calon waris ganti Tengku Mahkota Pahang dalam masa terdekat.

Namun baginda membayangkan calon tersebut adalah mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang melantik putera sulung seseorang Sultan sebagai Tengku Mahkota.

Titah baginda lagi, baginda terlebih dahulu perlu berbincang dengan ahli keluarga sebelum memutuskan calon tersebut.

Baginda bertitah, “Waris ganti akan saya tentukan dan berbincang dengan keluarga, dan insya-Allah saya percaya semua dah boleh ramal kalau ikut tradisinya.”

“Setelah berbincang barulah kita boleh buat keputusan dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang ke enam di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Secara tradisi jawatan Tengku Mahkota akan diserahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa iaitu Sultan Abdullah yang putera sulungnya adalah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah  diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) adalah anakanda ketiga Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom dan diberi gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Darul Makmur.

Al-Sultan Pahang juga menyerahkan sepenuh kuasa kepada Majlis Raja-raja atas penentuan giliran Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan berharap agar calon yang tepat dapat mentadbir negara.

Sehubungan itu, ketika ditanya atas kebersediaan baginda untuk berkerjasama dengan dengan kerajaan memerintah semasa, baginda bertitah bahawa telah bersedia dan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

 

-KN

Tinggalkan komen anda