Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Tradisi Perayaan Mattu Ponggal Dikekalkan

By 17 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto: Ariza Bin Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Ponggal merupakan perayaan kedua disambut penuh kemeriahan oleh masyarakat Tamil di seluruh dunia selepas Deepavali, perayaan ini bagi menzahirkan kesyukuran kepada tuhan, matahari, bumi dan lembu yang mengeluarkan hasil susu.

Tradisi Ponggal pada hari ke 3 diraikan kepada haiwan lembu ataupun kerbau yang dipercayai membawa tuah atau rezeki berpanjangan kepada pemilik-pemilik yang mempunyai haiwan tersebut.  Waktu petang merupakan waktu terbaik unutk menyambut perayaa ini iaitu sekitar pukul 5.30 petang.

Lembu yang dihiaskan untuk Ponggal Mattu

Lembu yang dihiaskan untuk Ponggal Mattu

 Bagi Puan Muniswary a/p Samanathan,51 tahun hampir 26 tahun beliau belajar meraikan hari Ponggal ini daripada ibu mertuanya yang sentiasa memberikan tunjuk ajar supaya perayaan tersebut disambut dengan sempurna disamping memgekalkan tradisi yang diamalkan dari nenek moyong. Peralatan memasak dan proses memasak nasi adalah sama seperti sambutan hari “Thai Ponggal”. Namun perbezaannya adalah terdapat satu kalungan  yang diperbuat daripada daun pokok cermai, batang pokok tebu dan kuih vadai yang diikatkan sekali dengan tali untuk dikalungkan kepada haiwan lembu ataupun kerbau tersebut yang akan dimakan oleh haiwan tersebut.

Muniswary bersama anaknya menyediakan keperluan sambutan ponggal Mattu

Muniswary bersama anaknya menyediakan keperluan sambutan ponggal Mattu

Selain itu juga haiwan lembu atau kerbau akan dimandikan dan dibersihkan , dikalungkan bunga-bunga malai serta tanduknya juga akan diwarnakan  dengan menggunakan bahan kunyit supaya haiwan tersebut akan berasa ‘selesa’ dan ‘gembira’.Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu, menurut kata Puan Muniswary lagi.

Kalungan untuk haiwan lembu atau kerbau

Kalungan untuk haiwan lembu atau kerbau

Bagi kepercayaan masyarakat India ‘Ponggal Mattu’ yang khusus untuk haiwan lembu atau kerbau ini, adalah bertujuan untuk menghargai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat.

Tinggalkan komen anda