Thaipusam: Sukarelawan TTF Bantu Jaga Kebersihan Dan Keharmonian

45F0DFD3-C91D-46CD-959E-488D71A457CD

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Pasukan Petugas Thaipusam (TTF) merupakan sukarelawan bagi membantu orang ramai khasnya penganut Hindu di Kuil Batu Caves sempena sambutan Thaipusam bermula esok, 20 Januari.

Koordinator TTF, Gunaraj George berkata, TTF merupakan gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India yang diwujudkan sempena perayaan Thaipusam sejak enam tahun yang lalu.

“Kami mengambil inisiatif membantu pihak polis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga keselamatan, kebersihan dan keharmonian Thaipusam.

“Sukarelawan TTF akan menyalurkan maklumat-maklumat tersebut kepada pihak polis atau Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya pengunjung yang hadir ke sini dalam keadaan selesa dan aman,” katanya.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves

Menurutnya, setiap kali perayaan Thaipusam, pelbagai isu timbul seperti kebersihan, penjualan alkohol, gerai haram dan sebagainya yang perlu ditangani semua pihak supaya ianya tidak menganggu keselesaan orang ramai.

ADUN Sentosa, Gunaraj George merangkap Koordinator TTF

ADUN Sentosa, Gunaraj George merangkap Koordinator TTF

“Sejak enam tahun lalu, TTF dapat membantu pihak berwajib menangani isu tersebut dan ianya dapat dikurangkan.

“Sukarelawan TTF juga akan mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves di samping menganjurkan aktiviti lain seperti derma darah,” jelasnyanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau persiapan sambutan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, di sini semalam.

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Thiban Subbramaniam memaklumkan seramai 100 orang belia akan turut serta menjadi sukarekawan TTF tahun ini.

“Mereka akan bergerak ke lokasi-lokasi yang ditetapkan secara berkumpulan mengikut giliran yang akan diselaraskan nanti.

“Saya harap golongan muda bersama kami untuk bergabung membantu memjaga kebersihan, keselamatan dan keharmonian sambutan Thaipusam di sini,” katanya.

 

-NAZ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...