Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

470 Pelajar Terima Manfaat Bantuan Persekolahan

By 24 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 24 Jan (Malaysiaaktif) –  Seramai 470 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh Jasin, menerima Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2019 di sini, hari ini.

Ahmad Zamani Ahmad Zaidi 16, yang merupakan seorang penerima dan juga penuntut di sekolah ini berkata, bantuan ini akan digunakan sebaiknya seperti membeli buku subjek pelajaran sebagai tambahan dalam subjek utama di sekolah, walaupun kelengkapan lain telah disediakan oleh keluarganya

Katanya lagi, “Saya bercita-cita ingin menjadi seorang guru dan berusaha menjadikan impian itu menjadi kenyataan dan kebanggaan keluarganya.”

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari turut berkata dalam ucapannya, beliau amat menekankan kebajikan rakyat kerana ada antara mereka yang berpendapatan rendah dan berusaha sedaya- upaya untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka

“Sebagai inisiatif utama Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri, kaedah seperti ini akan diteruskan dan perlu ada tapisan bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini dan peruntukan selebihnya akan dapat digunakan kepada mereka yang memerlukan,” katanya mengakhiri ucapannya.

Turut hadir Datuk Abu Bakar Sahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr. Mohd Azam Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Imanuddin Tan Sri Abdul Aziz, ketua-ketua Jabatan di Daerah Jasin dan barisan Kepimpinan Masyarakat Daerah Jasin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda